Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ketahui Cara Menghadapi Panggilan Palsu Sebelum Anda Menjadi Mangsa Seterusnya!

CelcomDigi Mudahkan Pelanggan Lapor Kes Scam

Diterbitkan Jun 15, 2023 oleh ariff bukhari

Pelanggan CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) kini mudah untuk melaporkan kes penipuan atau aktiviti yang mencurigakan dengan menghubungi pusat panggilan pelanggan Celcom atau Digi.

Pilihan untuk melaporkan sebarang kes scam atau penipuan telah disertakan dalam menu khidmat pelanggan automatik yang dikenali sebagai Interactive Voice Response (IVR).

Report a scam_BM

Pilihan ini membolehkan pelanggan CelcomDigi yang ingin membuat laporan segera mengenai kes scam atau penipuan dengan menghubungi nombor berikut:

  • 019-6011111 untuk pelanggan Celcom atau;
  • 016-2211800 untuk pelanggan Digi

CelcomDigi menambah, apabila pelanggan memilih untuk melapor sebarang kes scam ataupun, panggilan atau SMS yang mencurigakan, mereka akan diberi dua pilihan berikut:

  • Bagi kes scam atau penipuan yang tidak melibatkan akaun bank pelanggan seperti Spam SMS, Panggilan Penipuan, pautan mencurigakan atau iklan produk CelcomDigi yang mencurigakan, para pelanggan diberi panduan untuk membuat laporan secara dalam talian; manakala
  • Bagi kes scam atau penipuan yang melibatkan akaun bank pelanggan, mereka dinasihatkan untuk dail 997 bagi melaporkan kes tersebut kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk tindakan lanjut.

Alternatif lain, pelanggan CelcomDigi boleh melaporkan sebarang kes scam atau penipuan di laman sesawang Digi atau Celcom.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Aplikasi BSNSecure Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi
  • RUU Keselamatan Siber Akan Digubal Segera - PM

Sumber: Siaran Media CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
©2026 WISER.MY