Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Langkah Yang Boleh Diamalkan Untuk Melindungi Diri Dari Serangan Siber

Serangan Siber Menurun Kerana Penggodam Lebih Banyak Habiskan Masa Cipta Perisian Lebih Canggih

Diterbitkan Ogos 26, 2020 · Dikemas kini Ogos 26, 2020 oleh ariff bukhari

“Serangan Siber Menurun Tapi Kini Lebih Sofistikated” – Avira

Penyelidik keselamatan siber dari Avira telah menerbitkan laporan rasmi Keselamatan Siber bagi tahun 2020.

Dalam laporan tersebut Avira menyatakan bahawa untuk suku pertama tahun 2020 berlaku peningkatan serangan berbentuk ‘scam‘ dan ‘phishing‘.

Tambah Avira lagi, penjenayah siber mengambil kesempatan daripada pandemik COVID-19 bagi menyebarkan perisian hasad dalam pelbagai bentuk termasuklah trojan, worm dan jangkitan fail.

Bagi suku kedua 2020 pula, penyelidik Avira mendapati berlaku penurunan serangan siber global. Tetapi mereka mengesan serangan yang berlaku menjadi lebih sofistikated.

Jadi Avira menyimpulkan bahawa penjenayah siber lebih banyak menghabiskan masa mereka bagi membangunkan kod perisian hasad yang lebih canggih bagi mengelakkan ia daripada dikesan.

“The second quarter of 2020 brought back some old attack schemes, such as macro malware, but in a more elaborate form. In addition, there was also an increase in script-based attacks.” Avira

Serangan Siber Menurun Kerana Penggodam Lebih Banyak Habiskan Masa Cipta Perisian Lebih Canggih
Kredit: Avira

Sungguhpun serangan siber berkurangan, tapi penyelidik Avira mengesan penyebaran perisian hasad iklan (adware) dan potentially unwanted applications (PUA) secara konsisten terus meningkat sehingga kini.

Serangan Siber Menurun Kerana Penggodam Lebih Banyak Habiskan Masa Cipta Perisian Lebih Canggih
Kredit: Avira

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY