Facebook mendakwa pangkalan data tersebut adalah data lama.
Laman TechCrunch telah melaporkan bahawa lebih daripada 419 juta nombor telefon pemilik akaun Facebook telah terdedah di atas talian. Menurut mereka jumlah tersebut termasuklah 133 juta rekod nombor telefon pengguna Facebook dari A.S, 18 juta pengguna Facebook dari U.K dan lebih 50 juta lagi adalah dari Vietnam.
Setiap rekod yang terdedah dari pangkalan data itu memaparkan maklumat akaun Facebook serta senarai nombor telefon yang dimasukkan ke dalam Facebook.
Malah pihak TechCrucnh turut mendapati ada rekod dari pangkalan data yang terdedah itu memaparkan nama pengguna, jantina serta lokasi negara pemiliknya.
Ia pertama kali ditemui oleh penyelidik keselamatan bernama Sanyam Jain dan beliau telah berkongsi penemuan tersebut kepada pihak TechCrunch. Tidak lama selepas dihubungi oleh pihak TechCrunch, hos pelayan pangkalan data itu telah menutup pelayan tersebut.
Susulan daripada pendedahan itu, pihak Facebook menerusi jurucakap mereka memaklumkan bahawa data yang terdedah itu adalah data lama yang sudah lagi tidak digunakan.
“This data set is old and appears to have information obtained before we made changes last year to remove people’s ability to find others using their phone numbers. The data set has been taken down and we have seen no evidence that Facebook accounts were compromised.” Jurucakap Facebook.
Cuma yang masih menjadi persoalan adalah siapakah yang bertanggungjawab menguruskan data-data tersebut sehingga menyebabkan ia terdedah kepada umum?
Berkaitan
- Mesej Tular Jangan Tekan Butang "1" Di WhatsApp Dan Facebook Adalah Palsu
- Rugi Lebih RM2.5 Juta, PDRM Dedah Cara Mudah Scammer Tipu Mangsa Di WhatsApp, Telegram Dan Facebook
- "Bukan Kerja Kami Membuang Kandungan Yang Didakwa Palsu Oleh Ahli Politik" - Facebook
- "Tolak Tepi" Google, Facebook Dan YouTube, Wikipedia Adalah Laman Sesawang Paling Popular Dilayari Rakyat Malaysia
- Ciri Terawal Facebook Yang Pernah Popular Dahulu Kembali, Ini Cara Aktifkannya
- Meta Perkenal 2 Pilihan Tetapan Baru Untuk Facebook 'Feed'
- SKMM Kecewa Dengan Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp Dan Telegram
- Storan Yang Mengandungi 29 Ribu Data Peribadi Akaun Bank Pekerja Facebook Dicuri
- Facebook Dilaporkan Akan Membuka Kedai Kopi Di UK Bermula Ogos Ini
- Ini Cara Untuk Tidak Dilambak Dengan 'Feeds' Facebook Yang Mengarut