Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Menguji Ciri “Resume”, Sasar Bantu Golongan Yang Sedang Mencari Pekerjaan

Storan Yang Mengandungi 29 Ribu Data Peribadi Akaun Bank Pekerja Facebook Dicuri

Diterbitkan Disember 15, 2019 · Dikemas kini Disember 15, 2019 oleh ariff bukhari

Storan tersebut dicuri dari dalam kereta salah seorang pekerja bahagian kewangan Facebook.

Data sulit perbankan milik 29,000 pekerja Facebook dalam bahaya apabila storan keras yang menyimpan data sulit itu telah dicuri dari sebuah kereta pekerja syarikat gergasi sosial tersebut.

Lebih memburukkan keadaan adalah storan itu tidak dilindungi dengan ciri penginkripan data.

Storan itu didakwa mengandungi pelbagai data perbankan para pekerja Facebook termasuklah pembayaran gaji, nama pekerja, nombor akaun bank, jumlah bonus serta nombor keselamatan sosial firma tersebut.

Tetapi storan yang dicuri itu dipercayai tidak mengandungi data peribadi para pemilik akaun Facebook.

Berikutan insiden kecurian ini, pihak Facebook memaklumkan mereka kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat perkara ini.

“We worked with law enforcement as they investigated a recent car break-in and theft of an employee’s bag containing company equipment with employee payroll information stored on it. We have seen no evidence of abuse and believe this was a smash and grab crime rather than an attempt to steal employee information.”

Kejadian ini dipercayai berlaku pada 17 November lalu tapi hanya disedari pihak Facebook pada 20 November 2019.

Menurut jurucakap Facebook, insiden ini sepatutnya tidak berlaku kerana mereka sama sekali tidak membenarkan pekerja mereka membawa keluar sebarang storan milik syarikat keluar dari firma.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY