Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri “Delete for Everyone” Mungkin Tidak Ada Had Masa Selepas Ini

Mesej Tular Jangan Tekan Butang “1” Di WhatsApp Dan Facebook Adalah Palsu

Diterbitkan Januari 17, 2022 oleh ariff bukhari

Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media berikutan sebaran informasi kononnya wujud teknik penipuan yang dikenali sebagai “Sim Swap” menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook.

PDRM mendedahkan kononnya teknik “Sim Swap” itu akan membolehkan penjenayah menggodam dan mengambil alih telefon milik mangsanya dan seterusnya bertindak memindahkan semua wang bank simpanan mangsa ke akaun pihak lain.

Menurut sebaran itu, mangsa kononnya menerima panggilan yang kemudiannya akan meminta mangsa menekan butang nombor “1”. Apabila ditekan butang “1” itu, telefon mangsa didakwa akan digodam dan diambil alih penjenayah.

Ekoran sebaran tular itu, PDRM menegaskan bahawa sebaran informasi itu adalah palsu.

PDRM menyatakan bahawa sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan modus operandi seperti itu.

PDRM memaklumkan lagi, teknik penghantaran fail APK kepada pengguna telefon pintar yang mengandungi aplikasi berbahaya adalah teknik yang kerap digunakan penjenayah sehingga kini.

Sehubungan itu, pihak PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan informasi palsu itu agar tidak menimbulkan kegusaran masyarakat.

Sumber: FB PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY