WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Sertai Panggilan Tidak Dijawab Dan Pengesahan Biometrik

WhatsApp kini sedang membangunkan beberapa ciri baharu untuk peranti Android. Antaranya termasuk ciri sertai panggilan tidak dijawab dan pengesahan biometrik.

Bagi panggilan tidak dijawab, anda mungkin berhadapan situasi dimana salah seorang dari kenalan menjemput untuk menyertai panggilan berkumpulan. Tetapi, panggilan tersebut tidak sempat dijawab.

sertai panggilan tidak dijawab whatsApp

Dengan ciri baharu ini, panggilan tersebut boleh disertai kemudian, jika ia masih aktif dan belum ditamatkan.

Dalam pada itu, WhatsApp pada masa ini telah menyokong Fingerprint Lock. Ia membolehkan pengguna membuka kunci WhatsApp menggunakan imbasan cap jari.

Kini, WhatsApp sedang membangunkan ciri Biometric Lock yang membolehkan kunci WhatsApp dibuka menggunakan imbasan cap jari, pengecaman wajah atau mana-mana pengesahan biometrik yang menyokong peranti berkenaan.



Buat masa ini, kedua-dua ciri tersebut masih dalam pembangunan dan akan ditawarkan melalui kemaskini akan datang.

Sumber: WABetaInfo