Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Unifi Mobile Alami Gangguan Perkhidmatan Buat Sementara Waktu

Sebahagian Pengguna Unifi Di Kedah, Perlis Alami Gangguan Internet

Diterbitkan Mei 14, 2026 · Dikemas kini Mei 15, 2026 oleh Amalina Athman

Kemas kini 15 Mei 2026, 12:45 tengah malam: Menurut portal Unifi Alerts, gangguan prestasi perkhidmatan yang menjejaskan sebahagian kawasan Kedah dan Perlis kini telah diselesaikan.

Sebahagian Pengguna Unifi Di Kedah, Perlis Alami Gangguan Internet


Artikel asal: Sejak semalam, mungkin ada pengguna di Kedah dan Perlis yang menyedari sambungan internet menjadi luar biasa perlahan.

Telekom Malaysia (TM) melalui portal Unifi Alerts telah mengesahkan terdapat gangguan prestasi perkhidmatan (Service Performance Degradation) yang melibatkan rangkaian jalur lebar fiber di sebahagian kawasan Kedah dan Perlis. Difahamkan, gangguan tersebut berpunca daripada insiden kabel terputus.

gangguan perkhidmatan unifi Mei 2026
Foto: Unifi Alerts

Berdasarkan ujian kelajuan yang dijalankan di kawasan terjejas, kualiti sambungan internet masih belum stabil setakat ini, khususnya dari segi kelajuan muat turun dan kadar kependaman atau latency (ping) yang tinggi.

Sebahagian Pengguna Unifi Di Kedah, Perlis Alami Gangguan Internet
Jalur frekuensi 2.4G
unifi kedah perlis
Jalur frekuensi 5G

 

Menurut Unifi, anggaran masa untuk menyelesaikan gangguan ini (ETTR) adalah pada jam 3:06 pagi, 15 Mei 2026. Walau bagaimanapun, tempoh pemulihan sebenar mungkin berubah bergantung kepada perkembangan kerja pembaikan.

Pengguna yang terjejas disarankan untuk memantau status terkini melalui portal Unifi Alerts dari semasa ke semasa.

Berkaitan

  • Unifi TV 2.0 Untuk Semua - Serendah RM8/bulan, Ini Pelan Yang Ditawarkan
  • Unifi Rangkaian Paling Cemerlang Di Malaysia - Opensignal 2025
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • RTM, Unifi TV Akan Tayang Kesemua 104 Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY