Dan sekali lagi, Apple menjadi syarikat 3 trilion dollar dunia pada awal Julai selepas mencatatkan penurunan besar di bawah nilai pasaran USD2 trilion sebelum ini.
Langit tidak selalu cerah kerana Apple tidak dapat bertahan lama apabila nilai pasarannya telah menurun kepada USD2.86 trilion (~RM13.10 trilion) pada awal minggu ini.
Tambahan lagi, penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo juga meramalkan Apple akan menghadapi pemintaan siri iPhone 15 yang rendah. Hal ini demikian kerana siri tersebut didakwa akan lebih mahal apabila ia dilancarkan nanti.
Cabaran Yang Dihadapi Apple
Jualan siri iPhone generasi terkini pada suku ketiga adalah USD39.7 bilion (~RM181.85 bilion) dan ia tersasar 2.8% sahaja daripada anggaran awal USD39.8 bilion (~RM182.30 bilion).
Selain itu, keadaan pasaran dan ekonomi global serta permintaan yang rendah menyumbang kepada keadaan ini.
Tambahan lagi, pengguna dilihat semakin kurang minat untuk membeli siri iPhone 14 berikutan kehadiran siri iPhone 15 tidak lama lagi.
Hal ini demikian kerana siri iPhone 15 dijangkakan hadir dengan pelbagai peningkatan besar seperti:
- Bingkai titanium
- Bezel lebih nipis
- Cip 3nm yang lebih pantas
- Port sambungan USB Type-C dan lain-lain
Catatan Pendapatan Apple
Jualan iPad turun sebanyak 20% pada suku lepas di USD5.79 bilion (~RM26.52 bilion) berbanding anggaran USD6.33 bilion (~RM29.00 bilion).
Selain itu, jualan siri Mac juga tersasar 7.3% kepada USD6.84 bilion (~RM31.33 bilion) daripada anggaran USD6.37 bilion (~RM29.18 bilion).
{suggest}
Tetapi, pendapatan perkhidmatan Apple mencatatkan peningkatan 8.2% kepada USD21.2 bilion (~RM97.11 bilion) dan melepasi anggaran USD20.8 bilion (~RM95.27 bilion) sebelum ini.
Tim Cook berkata peningkatan tersebut dihasilkan daripada jumlah langganan berbayar perkhidmatan Apple yang melebihi 1 bilion.
Walaupun menurun daripada nilai USD3 trilion, Apple masih kekal sebagai syarikat terbesar dan paling bernilai di dunia.
Sumber: Apple, Huawei Central
Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljgajt
Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljgak7
Berkaitan
- iPhone Terus Kekal Guna Modem 5G Qualcomm Hingga 2026
- Model CAD iPhone 16 Pro Max Dilihat Hadir Dengan Skrin Lebih Besar
- Permintaan 'Hard Drive' Menurun 15%, Ramai Cari SSD Berbanding HDD
- Penghantaran PC Dunia Menurun 15%, Apple Terkecuali
- Lupakan A17 Pro, Siri iPhone 16 Mungkin Guna Cip Khas
- Gurman: Apple Mungkin Perkenalkan MacBook Air 15 Inci
- Harga iPhone 14 - Mungkin Ini Yang Perlu Anda Bayar
- Siri iPhone 15 Mungkin Akan Dibina Dari Salah Satu Bahan Terkuat Di Dunia
- Apple Mungkin Perkenalkan Apple Watch Lebih Murah Dalam Acara Apple
- Apple Tidak Mahu Terlalu Bergantung Kepada Samsung