Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macbook air m2

Gurman: Apple Mungkin Perkenalkan MacBook Air 15 Inci

Diterbitkan Mac 6, 2023 · Dikemas kini Mac 6, 2023 oleh Firdaus

Apple berkemungkinan besar akan melancarkan MacBook Air baharu 13 dan 15 inci pada waktu antara hujung musim bunga dan musim panas.

Oleh itu, kita boleh jangkakan peranti MacBook Air itu akan dilancarkan sebelum bulan Jun nanti.

apple macbook air

MacBook Air Dikuasakan Cip Apple M3?

Mengikut Mark Gurman, kita masih tidak tahu sama ada siri MacBook Air baharu ini akan dikuasakan cip M3 yang pada ketika ini belum diumumkan lagi.

Tambah beliau lagi, pengguna juga menanti-nantikan model MacBook 15 inci yang menggunakan cip M2. Tetapi berkemungkinan besar perkara itu akan berubah selepas pelancaran M3 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Cip M2 menggunakan nod pemprosesan 5nm sedangkan M3 pula dibangunkan melalui teknologi 3nm yang lebih berkuasa dan cekap daripada TSMC.

Untuk pengetahuan anda, MacBook Air 15 inci akan menjadi model paling besar dalam siri itu memandangkan saiz standardnya adalah 13 dan 11 inci sahaja.

Berkaitan

  • Infinix Didakwa Membangunkan Teknologi Pengecasan 260W
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh 'Mute' Panggilan Nombor Tak Dikenali
  • Kemas Kini Windows 11 Terbaru Perkenalkan Lebih 14 Ciri Baru
  • CelcomDigi Catat Jumlah Pelanggan Terbesar Di Malaysia Tahun 2022
  • Pelaksanaan 5G Patutnya Diuruskan TM, Bukan DNB - Datuk Seri Johari Ghani

Walaupun masih banyak perkara yang tidak pasti akan siri MacBook Air baharu ini, Mark Gurman menjangkakan kedua-dua model itu akan dilancarkan pada musim panas ini.

Sumber: Macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY