Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perkhidmatan Apple 2023

Perkhidmatan Berbayar Apple Kini Melepasi 1 Bilion Langganan

Diterbitkan Ogos 4, 2023 · Dikemas kini Ogos 4, 2023 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan keputusan kewangan untuk suku ketiga fiskal 2023 berakhir 1 Julai 2023, dengan mencatatkan pendapatan suku tahunan sebanyak $81.8 bilion, turun 1% tahun ke tahun.

Walaupun begitu, perkhidmatan berbayar Apple mencapai satu kejayaan besar apabila telah melepasi satu bilion langganan.

Berkaitan

  • Apple Watch Series 9 Dikatakan Akan Ada Pilihan Warna Baru
  • Ura-Ura: Mungkin Ini Tarikh Pelancaran Siri iPhone 15

Melebihi jangkaan, pendapatan bagi perkhidmatan berbayar Apple meningkat kepada $21.2 bilion, berbanding $19.6 bilion pada suku tahun lalu. CEO Apple, Tim Cook berkata,

We are happy to report that we had an all-time revenue record in Services during the June quarter, driven by over 1 billion paid subscriptions

Perkhidmatan berbayar Apple merangkumi semua yang ada di App Store seperti Apple Music, Apple Arcade, Apple TV+ serta perkhidmatan lain termasuk iCloud, AppleCare+ dan sebagainya.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljgm70
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljgm74

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
©2026 WISER.MY