Peningkatan Nilai Pasaran Syarikat, Apple Capai Nilai $3 Trilion Awal Tahun 2022

Pada 3 Januari 2022, syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat iaitu Apple telah menjadi syarikat pertama yang berjaya mencapai nilai syarikat sebanyak $3 Trilion berbanding $2 Trilion pada bulan Ogos 2020.

Apple sentiasa menjadi syarikat terawal yang menunjukkan peningkatan positif dalam nilai pasaran pada setiap tahun. Paras tertinggi saham Apple yang meningkat sebanyak AS$182.87 telah membolehkan syarikat tersebut berjaya mencapai nilai $3 Trilion itu.

Hal ini demikian kerana, teknologi yang ditawarkan dalam setiap produk Apple menjadi kegilaan penggemar teknologi di dunia. Oleh sebab itu, setiap produknya mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia.

Pada setiap tahun, Apple bakal memberi kejutan dalam setiap produk yang dikeluarkan termasuk penggunaan cip keluaran tersendiri dalam produknya. Jadi tidak hairanlah kalau Apple mampu mencapai nilai saham setinggi itu pada awal tahun 2022.

Penganalisis Wedbush Securities, Daniel Ives menyatakan bahawa beliau yakin Apple menjual lebih 40 juta iPhone pada setiap musim perayaan. Tambahnya lagi, pengeluaran produk baharu seperti iPhone SE 5G juga bakal memberi impak positif kepada Apple kerana ia berpotensi menarik hampir 1.4 bilion pengguna Android dan 300 juta pengguna model lama iPhone untuk membelinya.

Apple merupakan syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat yang diasaskan pada 1 April 1976 oleh Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne. Produk pertama yang dihasilkan oleh syarikat Apple ialah komputer Apple 1 yang direka bentuk oleh Steve Wozniak.

Kapsyen: Komputer Apple 1 yang dihasilkan oleh syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple


Penghasilan komputer Apple 1 telah memaksa mereka menggadai harta mereka untuk meneruskan perjuangan syarikat mereka. Steve Jobs telah menjual kereta manakala Steve Wozniak pula menjual kalkulator elektronik termahal. Akhirnya, Apple berjaya menjadi sebuah syarikat gergasi teknologi yang disegani seluruh dunia dengan penghasilan produk-produknya yang berkualiti seperti iPhone, iMac, iPad, iCloud dan iPod.

Sumber : Mirror UK

Baca juga :