Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kebergantungan Pemasangan Sebilangan Besar Produk Di China Mungkin ‘Menjerat’ Apple

Saham Jatuh, Nilai Apple Kini Di Bawah $2 Trilion

Diterbitkan Januari 4, 2023 · Dikemas kini Januari 4, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Sewaktu pandemik atau spesifiknya pada Ogos 2020 dulu, syarikat Apple telah mencapai nilai saham $2 trilion yang waktu itu bersamaan sekitar  RM8.25 trilion waktu itu.

Tak cukup dengan itu, pada Januari 2022, nilai sahamnya melonjak lagi sehingga $3 trilion untuk seketika.

Ia menjadi syarikat pertama di dunia yang capai nilai pasaran $1 trilion, $2 trilion dan $3 trilion.

Untuk Januari 2023 pula, nilai Apple kini jatuh di bawah $2 trilion, di mana ia kini bernilai $1.99 trilion.

apple store

Sahamnya syarikat AS itu turun sekitar 3.7% iaitu kini didagangkan pada $125.07 per syer, ketika artikel ini ditulis.

Apple menjadi syarikat gergasi terakhir yang ‘terlepas’ daripada ‘ambang’ $2 trilion.

Microsoft juga sudah jatuh di bawah $2 trilion pada tahun lalu dan hari ini bernilai $1.8 trilion.

Apple Diarah Tarik Balik Produk iPhone Dari Kedai Di Jerman

Walaupun Tim Cook dikatakan lebih menumpukan terhadap perkhidmatan berbanding inovasi produk, nampaknya ia berjaya membawa kemewahan yang melampau pada Apple.

Tetapi untuk waktu sekarang, antara kerisauan para pelabur sekarang ialah kelembapan ekonomi dunia dan inflasi yang tinggi mungkin akan menjejaskan permintaan terhadap barangan Apple.

Foxconn Nyatakan Koronavirus Tidak Jejaskan Pengeluaran iPhone Di China

Bukan itu saja, malah dari pengeluaran di kilang juga antara isu dihadapi Apple.

Produk terpenting Apple iaitu iPhone 14 Pro mengalami gangguan pengeluaran kerana sekatan dikenakan China terhadap kilang-kilang di sana akibat COVID-19 yang tidak berpenghujung.

Apple iphone 14

Dalam pada itu, laporan daripada Trendforce mengatakan bahawa penghantaran iPhone mencatatkan pengurangan sebanyak 22% dalam suku Disember.

Apple juga telah memaklumkan pada pembekal untuk mengurangkan pengeluaran beberapa komponen untuk sesetengah peranti mereka seperti AirPods, Apple Watch dan MacBook.

Berkaitan

  • Apple Store Di Kuala Lumpur Akan Dibuka? Dilaporkan Foto Tunjuk Kerja-Kerja Pembinaan Sedang Berjalan
  • Apple Dilapor Bimbang Dengan Jualan iPhone 14 Plus, Mahu Nilai Semula Barisan iPhone 15
  • Cip A17 Bionic Untuk Siri iPhone 15 Lebih Fokuskan Hayat Bateri Daripada Prestasi
  • Apple Dikatakan Dalam Usaha Untuk Lancar AirPods Bajet
  • Qualcomm Masih Dalam 'Dilema', Apple Mungkin Satu-Satunya Akan Guna Cip 3nm Tahun Ini

Ini bermakna permintaan terhadap produk-produk ini semakin berkurang.

Walaupun Apple mempunyai pelanggan sasaran daripada mereka yang berada dan syarikat-syarikat besar, tapi mungkin golongan ini juga akan terkesan .

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY