Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Mahu Gantikan Cip Wi-Fi Dan Bluetooth Dengan Cip Buatan Sendiri Menjelang 2025

Apple Bukan Lagi Syarikat USD3 Trilion Tapi Masih Nombor Satu Di Dunia

Diterbitkan Ogos 10, 2023 · Dikemas kini Ogos 11, 2023 oleh Firdaus

Apple sekali lagi mencatatkan sejarah sebagai syarikat pertama dunia dengan nilai keseluruhan USD3 trilion (~RM13.74 trilion) pada awal 2022 lepas.

Dan sekali lagi, Apple menjadi syarikat 3 trilion dollar dunia pada awal Julai selepas mencatatkan penurunan besar di bawah nilai pasaran USD2 trilion sebelum ini.

Screenshot 2023-08-10 111439
Diambil pada 10/8/2023

Langit tidak selalu cerah kerana Apple tidak dapat bertahan lama apabila nilai pasarannya telah menurun kepada USD2.86 trilion (~RM13.10 trilion) pada awal minggu ini.

Apple Store

Tambahan lagi, penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo juga meramalkan Apple akan menghadapi pemintaan siri iPhone 15 yang rendah. Hal ini demikian kerana siri tersebut didakwa akan lebih mahal apabila ia dilancarkan nanti.

Cabaran Yang Dihadapi Apple

Jualan siri iPhone generasi terkini pada suku ketiga adalah USD39.7 bilion (~RM181.85 bilion) dan ia tersasar 2.8% sahaja daripada anggaran awal USD39.8 bilion (~RM182.30 bilion).

Selain itu, keadaan pasaran dan ekonomi global serta permintaan yang rendah menyumbang kepada keadaan ini.

Tambahan lagi, pengguna dilihat semakin kurang minat untuk membeli siri iPhone 14 berikutan kehadiran siri iPhone 15 tidak lama lagi.

Hal ini demikian kerana siri iPhone 15 dijangkakan hadir dengan pelbagai peningkatan besar seperti:

  • Bingkai titanium
  • Bezel lebih nipis
  • Cip 3nm yang lebih pantas
  • Port sambungan USB Type-C dan lain-lain

Catatan Pendapatan Apple

Acara Khas Apple Dijangka Akan Berlangsung Minggu Depan

Jualan iPad turun sebanyak 20% pada suku lepas di USD5.79 bilion (~RM26.52 bilion) berbanding anggaran USD6.33 bilion (~RM29.00 bilion).

Selain itu, jualan siri Mac juga tersasar 7.3% kepada USD6.84 bilion (~RM31.33 bilion) daripada anggaran USD6.37 bilion (~RM29.18 bilion).

Berkaitan

  • Kerana Semakin Popular, macOS Jadi Sasaran Penjenayah Siber 'Dark Web'
  • Imej Didakwa Tertiris Beri Petunjuk iPhone 15 Dengan Port USB-C
  • Acer Malaysia Lancar 'Laptop Gaming' Acer Nitro 16, Dikuasakan AMD Ryzen Dan NVIDIA GeForce RTX
  • HUAWEI WATCH FIT SE Kini Tersedia, Harga Bermula RM279
  • Pelancaran Mix Fold 3 Akan Diadakan Minggu Depan

Tetapi, pendapatan perkhidmatan Apple mencatatkan peningkatan 8.2% kepada USD21.2 bilion (~RM97.11 bilion) dan melepasi anggaran USD20.8 bilion (~RM95.27 bilion) sebelum ini.

Tim Cook berkata peningkatan tersebut dihasilkan daripada jumlah langganan berbayar perkhidmatan Apple yang melebihi 1 bilion. 

Walaupun menurun daripada nilai USD3 trilion, Apple masih kekal sebagai syarikat terbesar dan paling bernilai di dunia.

Sumber: Apple, Huawei Central 

Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljgajt

Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljgak7

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY