Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macOS Sonoma 2

Kerana Semakin Popular, macOS Jadi Sasaran Penjenayah Siber ‘Dark Web’

Diterbitkan Ogos 9, 2023 · Dikemas kini Ogos 9, 2023 oleh ariff bukhari

Jika sebelum ini sistem operasi komputer Windows yang sering menjadi sasaran penggodam, tetapi kini sistem operasi komputer Apple Macintosh, macOS pula semakin menarik perhatian penjenayah siber ‘dark web‘.

Menurut laporan Perisikan Ancaman Siber Accenture, mereka menyaksikan peningkatan sehingga 1,000% ancaman dari dark web yang menyasarkan macOS dalam tempoh 5 tahun.

Kerana Semakin Popular, macOS Jadi Sasaran Penjenayah Siber ‘Dark Web’
Peningkatan ancaman dari dark web yang menyasarkan macOS bagi tempoh pemerhatian antara 2019 dan Januari hingga Jun 2023.

Accenture berkata, minat penjenayah siber yang lebih mendalam untuk menyasarkan sistem macOS tiba pada masa penggunaan macOS  dalam organisasi semakin meningkat.

Menurut tinjauan oleh Jamf, sebuah syarikat yang mengurus peranti Apple, pada 2020, peratusan organisasi perusahaan yang melaporkan menggunakan Mac sebagai peranti utama mereka meningkat kepada 23% berbanding 17% sahaja pada 2019 dahulu.

Angka ini mungkin meningkat lebih banyak sejak laporan 2020, menjadikan perniagaan terdedah melainkan mereka melaraskan keselamatan mereka untuk menghadapi ancaman baharu yang muncul ini.

Apa yang dibimbangkan ialah kemunculan ancaman yang mantap yang mencari eksploitasi dan kaedah lain yang membolehkan mereka memintas fungsi keselamatan macOS, khususnya ciri keselamatan terbina macOS Gatekeeper dan Transparency, Consent and Control (TCC) yang bertujuan untuk mengehadkan keupayaan aplikasi untuk berinteraksi dengan pelbagai bahagian sistem pengendalian tanpa kebenaran pengguna yang jelas.

Dengan memintas ini, penggodam boleh menggunakan perisian hasad melalui aplikasi yang tidak dipercayai.

Malah ada pihak yang menawarkan pintasan atau eksploitasi ke atas macOS Gatekeeper berharga sehingga USD1,000,000 (~RM4.5 juta).

Pada 8 Mac 2023, ada pengendali mengiklankan keupayaan untuk mencipta Apple Enterprise Certificates untuk memintas macOS Gatekeeper.

Perkhidmatan ini bermula pada harga USD100,000 (~RM457,900) di mana mereka akan memberikan kepada pembeli salah satu “Apple Enterprise Certificates” yang dipesan lebih dahulu oleh pengendali.

Ia membolehkan mereka menggunakan sijil yang sah untuk menandatangani ke dalam perisian hasad mereka—secara drastik meningkatkan kemungkinan perisian hasad mereka boleh berjaya digunakan pada peranti mangsa.

Penyelidik Accenture menyimpulkan, risiko ke atas macOS semakin meningkat. Oleh itu pasukan keselamatan perlu menyesuaikan diri dengan ancaman-ancaman yang baharu dan berubah ini.

Berkaitan

  • Jangan Terpedaya Dengan E-mel Saman Trafik Palsu
  • Pengguna Telefon Pintar Samsung Galaxy Terima Kemas Kini Bulan Ogos
  • Buang Segera 43 Aplikasi Android Dipasang Oleh Lebih 2.5 Juta Pengguna

Sumber: Accenture

(Lindungi peranti anda dengan dapatkan barisan produk Kaspersky baharu di Lazada dan Shopee sekarang.)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY