Sebabkan Kebakaran Di Lapangan Terbang, Eksport Jenama Telefon Ini Dihentikan Sementara Waktu

Proses eksport telefon vivo di seluruh dunia kini dijangka akan terkesan berikutan insiden kebakaran telefon pintar jenama itu di lapangan terbang di Hong Kong. Ini kerana, syarikat penerbangan kargo di Hong Kong dilaporkan telah menghentikan semua eksport telefon pintar vivo ke luar negara itu, buat sementara waktu.

Dalam kejadian yang berlaku beberapa hari lepas, kebakaran itu dikatakan melibatkan palet yang mengandungi sebilangan besar vivo Y20. Dilaporkan juga, kesemua peranti tersebut dalam persediaan untuk dieksport ke Bangkok, Thailand melalui Hong Kong Air Cargo.

https://twitter.com/SoloShokeen/status/1381337540452446208

https://twitter.com/flyingheavy747/status/1381216087048548354

Buat masa ini, pihak berkuasa belum lagi mendedahkan punca kebakaran. Dalam pada itu, tidak dapat dipastikan bilangan sebenar peranti vivo yang telah musnah dalam kebakaran tersebut.

Bagi pihak vivo, belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan berhubung insiden berkenaan.

Kemaskini - Pihak vivo menyatakan kepada sumber bahawa mereka sudah maklum mengenai kejadian tersebut. Pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dan akan bekerjasama dengan pihak yang terlibat untuk mengenal pasti punca berlakunya kebakaran tersebut. Pengeluar juga berjanji akan memberitahu perkembangan terkini kepada media dan umum dari masa ke masa.

Sumber: Android Authority