OnePlus 8T Sah Akan Dilancar Pada 14 Oktober Ini

Amazon India sebelum ini mengesahkan OnePlus 8T akan diperkenalkan tidak lama lagi, dimana OnePlus mengadakan kuiz dengan terma dan syarat menunjukkan 14 Oktober sebagai tarikh akhir pertandingan itu berlangsung. Ia dikatakan sebagai tarikh yang sama bagi pelancaran OnePlus 8T.



Sebagai tambahan, laman tersebut turut memperlihatkan OnePlus 8T akan hadir dengan varian memori 8GB RAM. Terbaru, OnePlus telah mengesahkan acara pelancaran OnePlus 8T akan berlangsung pada 14 Oktober 2020.

https://twitter.com/oneplus/status/1308013106308747264

Terdahulu, OnePlus 8T dilapor akan diperkenalkan tanpa model "Pro". Ia dijangka akan dimuatkan skrin paparan 6.55 inci AMOLED bersama paparan berlubang dengan sensor kamera swafoto 32MP dan kadar segar semula 120Hz.

Selain itu, terdapat spekulasi yang mengatakan OnePlus 8T akan didatangkan dengan sokongan pengecasan 65W Warp Charging, kapasiti bateri 4500mAh dan sebagainya.

Dalam pada itu, bagi anda yang ingin menonton penstriman langsung pelancaran OnePlus 8T, ianya boleh dilakukan melalui https://www.oneplus.in/launch pada 10 malam, 14 Oktober 2020.

Sumber: Amazon India via GSMArena