Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hilang Penglihatan Tak Menjadi Penghalang Untuk Bertarung Dalam ‘Mortal Kombat’

Hilang Penglihatan Tak Menjadi Penghalang Untuk Bertarung Dalam ‘Mortal Kombat’

Diterbitkan April 5, 2022 · Dikemas kini April 5, 2022 oleh Nadiah Ab

Permainan video ‘Mortal Kombat’ merupakan salah satu permainan video paling popular di kalangan gamers. Terkenal dengan aksi pertarungan dan keganasan, Mortal Kombat turut mendapat perhatian pemain kurang upaya.

Sewaktu Mortal Kombat menjadi permainan arked terkenal pada tahun 1992, Carlos Vasquez seperti kanak-kanak lain banyak meluangkan masa bermain permainan tersebut di arked.

mortal kombat
Sumber: Hackaday

Walau bagaimanapun, penglihatannya mula hilang dan akhirnya penyakit glaukoma tertutup (closed-angle glaucoma) telah menyebabkan Carlos buta sepenuhnya.

Akibatnya, beliau terpaksa berhenti bermain bola sepak, — salah satu minatnya — dan berkemungkinan juga permainan video.

Namun, disebabkan beliau sudah mula membiasakan diri dengan keadaan penglihatannya itu, beliau memutuskan untuk kembali bermain Mortal Kombat, dengan berazam untuk hanya memfokuskan kepada pendengarannya sewaktu bermain.

Carlos turut berkata sebenarnya kesan bunyi dari permainan video tersebut meningkatkan pengalaman visual dan memberinya peluang untuk terus bermain permainan kegemarannya itu.

Bukan setakat bermain di rumah, Carlos Vasquez juga pernah berjaya mara ke peringkat akhir di kejohanan permainan pertarungan antarabangsa Evo pada tahun 2013.

Disebabkan itu, Carlos menjadi sumber inspirasi kepada NetherRealm Studios, pembangun permainan video, untuk menambah mod kebolehcapaian ke dalam permainan Injustice: Gods Among Us.

Subcultured — our new series with @tpt is officially here! 🎉 Carlos Vasquez is a competitive gamer, who's also completely blind. Watch Vasquez and host Josef Lorenzo explore the accessibility movement in gaming on the premiere of #SubculturedPBS! https://t.co/0vm8tP48a1 pic.twitter.com/Jkzp8dVb00

— PBS Digital Studios (@PBSDS) February 9, 2022

Sejak dari itu, syarikat pengeluar permainan video lain mula mengikut jejak langkah NetherRealm Studios dalam menyediakan ciri yang memudahkan pemain kurang upaya supaya mereka dapat menikmati permainan sama seperti pemain yang lain.

Terbaharu, David Tisserand, salah seorang ketua bahagian dari Ubisoft berkata mereka sentiasa mempersiapkan kebolehcapaian ketika mereka bentuk perisian, dengan menambah tetapan yang bertujuan untuk membantu pemain kurang upaya.

Katanya, permainan boleh diubah suai untuk membolehkan kecerdasan buatan (AI) atau pemain lain memberi bantuan apabila diperlukan.

Sumber: Daily Express

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY