Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mulai 8 Mei, Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh Maksimum 10 Tahun

Mulai 8 Mei, Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh Maksimum 10 Tahun

Diterbitkan Mei 3, 2023 ยท Dikemas kini Mei 3, 2023 oleh Amalina Athman

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kini mengumumkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) boleh diperbaharui untuk tempoh maksimum sehingga 10 tahun bermula 8 Mei 2023.

Berkaitan

  • Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Tidak Lagi Eksklusif Kepada PUSPAKOM - Anthony Loke

Menurutnya, mana-mana pemegang LMM yang memperbaharui lesen untuk tempoh 10 tahun sekali gus akan menikmati diskaun 10%. Ini bermakna, pengguna hanya perlu membayar RM270 untuk pembaharuan tersebut.

Bagi melakukan pembaharuan itu, pengguna perlu memastikan baki tempoh sah laku lesen semasa tidak melebihi satu tahun.

Sementara itu, pengguna juga masih dibenarkan untuk memperbaharui lesen memandu antara tempoh satu hingga 10 tahun, mengikut pilihan masing-masing.

Bagaimanapun, hanya pembaharuan lesen memandu bagi tempoh 10 tahun sekali gus yang akan menikmati keistimewaan diskaun 10% atau bayaran percuma untuk tahun ke-10. Buat sementara waktu, sebarang urusan bagi inisiatif yang diumumkan hanya tersedia di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja.

Sumber: MOT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY