Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Wallet

Samsung Wallet Kini Tersedia Untuk Pengguna Di Malaysia, Ini Peranti Yang Sokong

Diterbitkan Januari 30, 2023 · Dikemas kini Januari 30, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Samsung Wallet kini sedia digunakan oleh pengguna Malaysia, sebagai salah ciri tambahan jika anda sedia menggunakan Samsung Pay sebelum ini.

Tujuh buah negara lain yang turut menerima Samsung Wallet termasuklah Australia, Brazil, Canada, Hong Kong, India, Singapura dan Taiwan.

Melaluinya, pengguna boleh menyimpan kunci, pas pelepasan, identiti diri, kad kredit, lesen, kad ahli secara digital dalam satu platform.

Kemas kini perisian telefon anda atau aplikasi Samsung Pay/Wallet daripada gudang untuk menggunakan Samsung Wallet.

Berkaitan

  • Kenali Apa Itu Apple Pay Dan Cara Gunakannya
  • Ini Apa Yang Anda Tidak Boleh Lakukan Dengan Apple Pay Di Malaysia
  • Tidak Terima Kod Pengesahan Maybank Untuk Aktifkan Apple Pay? Ini Cara Penyelesaian
  • Google Wallet Rasmi Di Malaysia, Ini Bank Yang Sokong Dan Cara Pasang

Dari segi keselamatan, ia dilindungi Samsung Knox.

Samsung Wallet tersedia untuk telefon yang jalankan Android 9 dan ke atas.

Siri S

S22, S22+, S22 Ultra, S21 5G, S21+ 5G, S21 Ultra 5G, S21 Fan Edition 5G, S20, S20+, S20 Ultra, S20 Fan Edition 5G, S10, S10+, S10e, S10 5G, S9, S9+, S8, S8+

Siri Note dan Z

Note20 5G, Note20 Ultra, Note10, Note10+, Note10+ 5G, Note9, Note8,, Galaxy Z Flip3 5G, Z Flip 5G, Z Fold3 5G, Z Fold2 5G, Fold

Siri A

A32 5G, A42 5G, A52 5G, A50, A51, A51 5G, A53 5G, A70, A71 5G

Walaupun telefon anda tidak tersenarai, anda boleh saja cuba sendiri kalau-kalau telefon Samsung anda turut menyokongnya.

Samsung Wallet tersedia secara berperingkat, jadi tunggu saja jika peranti anda belum menerimanya.

Apa-apapun, fungsi dan setiap ciri tersedia adalah berbeza untuk setiap negara. Jadi, mungkin ada beberapa ciri yang tidak disokong untuk Samsung Wallet di sini.

Sumber: Siaran Akhbar Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY