Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy S24

Saiz Siri Samsung Galaxy S24 Dikongsi, Rekaan Tak Banyak Ubah Dan Mirip iPhone

Diterbitkan September 29, 2023 · Dikemas kini September 29, 2023 oleh Amsyar Latif

Khabar angin berkaitan siri Samsung Galaxy S24 bukanlah baharu dan ia sudah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu lagi.

Kini, peniris terkenal; OnLeaks, SmartPrix dan IceUniverse yang sebelum ini mempunyai rekod yang agak baik dalam perkongsian maklumat berkaitan peranti Samsung mendedahkan rekaan serta saiz dimensi bagi siri Samsung Galaxy S24 tersebut.

When we use a light wallpaper, you can see the bezel, Galaxy S24 Ultra. Now do you think it looks a little better?
Based on @OnLeaks rendering pic.twitter.com/POmudXVYI3

— I'm back! (@UniverseIce) September 29, 2023

Bermula dengan rekaan, Galaxy S24 Ultra dikatakan sama sahaja dengan Galaxy S23 Ultra. Namun, bezelnya sedikit nipis dan mungkin menggunakan paparan rata. Saiz skrin adalah 6.8”, resolusi QHD+ serta kecerahan 2500 nits. Sementara bateri yang berkapasiti 5000mAh menyokong kelajuan pengecasan 45W.

It seems the #Samsung #GalaxyS24Ultra display drives many you crazy…😁

Flat or Curved?… I would say in between… But here a close up shot which should answer that question once and for all… You're welcome…😉 pic.twitter.com/IVnLfmsCbs

— Steve H.McFly (@OnLeaks) September 29, 2023

Bagi Galaxy S24 dan S24+, pun sama juga. Ia tidak banyak berubah berbanding dahulu, sepertimana terletaknya modul kamera pada Galaxy S23, begitulah pada Galaxy S24 dan S24+.

Galaxy s24

Bagaimanapun, Galaxy S24 dan S24+ dilihat hadir dengan rekaan sisi lebih rata atau boxy. Mirip gabungan peranti iPhone dan Sony Xperia.

Galaxy S24

Untuk saiz skrin, S24+ berukuran 6.7” beresolusi QHD+ dan S24 pula 6.2” beresolusi FHD+. Masing-masing mempunyai kecerahan maksimum 2500 nits.

Galaxy S24:
147 × 70.6 × 7.6mm 6.2" 168g 4000mAh
FHD+ resolution, 2500nit, 25w

Galaxy S24+
158.5 × 75.9 × 7.7mm 6.7" 195g 4900mAh
WQHD+ resolution, 2500nit, 45w

Galaxy S24 Ultra:
162.3 × 79 × 8.6mm 6.8" 233g 5000mAh
WQHD+ resolution, 2500nit, 45w

— I'm back! (@UniverseIce) September 29, 2023

Sebagai tambahan pada skrin, mungkin bezel S24 dan S24+ jauh lebih nipis berbanding siri iPhone 15 Pro.

Mengikut dakwaan lagi, barisan Samsung Galaxy S24 juga akan hadir dengan teknologi antena Ultra-Wideband (UWB) pada bahagian sisi peranti.

Berkaitan

  • Samsung Didakwa Kekalkan Sensor Kamera Yang Sama Pada Siri Galaxy S24
  • Ini Mungkin Rekaan Galaxy S24 Ultra Dengan Skrin Rata
  • Siri Samsung Galaxy S24 Dilihat Lebih 'Power' Dari Siri iPhone 15 Pro

Sumber: IceUniverse, OnLeaks, SmartPrix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY