Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 1_Samsung Takes Centre Stage at Iskandar Puteri Command Centre

Samsung The Wall Terpanjang Di Malaysia Kini Dipasang Di Pusat Kawalan Iskandar Puteri

Diterbitkan Mei 19, 2026 ยท Dikemas kini Mei 19, 2026 oleh Amalina Athman

Samsung kini bekerjasama dengan Iskandar Puteri Command and Control Centre (IPCCC) bagi memasang Samsung The Wall terpanjang di Malaysia, iaitu sistem visual berukuran 19.35 meter yang direka untuk meningkatkan pemantauan masa nyata, penyelarasan operasi serta respons lebih pantas.

Photo 2_Samsung Takes Centre Stage at Iskandar Puteri Command Centre

Sebagai rujukan, IPCCC berfungsi sebagai hab operasi berpusat di Johor yang mengurus pelbagai data secara langsung termasuk keselamatan, trafik, pemantauan alam sekitar dan pengurusan insiden.

Dengan menggabungkan semua data ini dalam satu sistem paparan, ia membolehkan pihak berkuasa melihat situasi bandar secara lebih menyeluruh dan membuat keputusan dengan lebih cepat serta teratur.

Photo 3_Samsung Takes Centre Stage at Iskandar Puteri Command Centre

Samsung The Wall digunakan sebagai paparan utama di pusat kawalan ini untuk memaparkan pelbagai sumber data secara serentak dalam kualiti tinggi. Teknologi microLED yang digunakan membolehkan paparan tanpa bingkai dengan ketepatan warna, kejelasan visual serta kontras yang tinggi, sekali gus memudahkan operator memantau maklumat penting tanpa gangguan visual yang ketara.

Sebelum ini, Samsung turut terlibat dalam pemasangan sistem LED di Perbadanan Putrajaya pada tahun 2018, yang menjadi antara rujukan kepada pelaksanaan di IPCCC.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Samsung Lancar TV Pintar QLED 40 Inci Mampu Milik Serendah RM1,099
  • Teknologi Baharu Skrin OLED Samsung Mampu Imbas Denyutan Jantung Dan Tekanan Darah
  • Samsung Lancar Siri TV Premium Micro RGB Tanpa Risiko 'Burn-In', Harga Bermula RM14,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY