Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Lancar Siri TV Premium Micro RGB Tanpa Risiko ‘Burn-In’, Harga Bermula RM14,999

Samsung Lancar Siri TV Premium Micro RGB Tanpa Risiko ‘Burn-In’, Harga Bermula RM14,999

Diterbitkan Mei 18, 2026 · Dikemas kini Mei 18, 2026 oleh ariff bukhari

Samsung Malaysia hari ini melancarkan rangkaian TV AI 2026 yang dipacu teknologi kecerdasan buatan (AI) termaju.

Dalam ulang tahun ke-20 sebagai jenama TV No.1 dunia, Samsung memperkenalkan Vision AI Companion (VAC) yang menjadikan televisyen bukan sekadar skrin, tetapi teman pintar yang memahami gaya hidup pengguna.

Samsung Lancar Siri TV Premium Micro RGB Tanpa Risiko ‘Burn-In’, Harga Bermula RM14,999
Mendapatkan bantuan daripada AI kini lebih menarik dengan Vision AI Companion di TV anda. Sama ada anda bertanya tentang kandungan atau topik harian anda, ia memberikan serta-merta — menawarkan pengalaman yang kaya dan diperibadikan di skrin.

Menerusi rangkaian TV premium baharunya, Samsung Malaysia memperkenalkan Micro RGB TV, inovasi paparan paling canggih dalam siri TV AI 2026.

Teknologi ini menggunakan struktur RGB sebenar di mana setiap piksel terdiri daripada LED mikro merah, hijau dan biru yang berfungsi secara bebas.

Hasilnya, warna yang dipaparkan lebih tepat, terang dan mendalam, menjadikan setiap adegan kelihatan hidup seperti di dunia nyata.

Dengan reka bentuk modular tanpa bingkai, pengguna boleh menyesuaikan saiz dan nisbah skrin mengikut ruang kediaman, menjadikannya sesuai untuk gaya hidup moden.

Tambahan pula, sistem AI Picture Optimizer menyesuaikan pencahayaan dan warna berdasarkan kandungan serta keadaan sekeliling, memastikan pengalaman tontonan sentiasa optimum.

Micro RGB TV turut menawarkan kontras ekstrem dan hitam tulen tanpa penapis tambahan, serta ketahanan tinggi tanpa risiko burn-in seperti OLED.

Samsung Lancar Siri TV Premium Micro RGB Tanpa Risiko ‘Burn-In’, Harga Bermula RM14,999
Model premium seperti Micro RGB R95H hadir dengan teknologi Glare Free, Pantone Validated ArtfulColor serta reka bentuk FloatLayer yang elegan.

Ditawarkan menerusi siri R95H dan R85H dalam saiz antara 65 hingga 115 inci, harga jualan TV Micro RGB Samsung baharu ini bermula dari RM14,999 sehingga RM29,999.

Tapi sempena pelancarannya, Samsung Malaysia menawarkan diskaun sehingga RM6,000 (model Micro RGB R85H).

Malah, pembelian ke atas siri TV ini juga melayakkan anda menerima pelbagai hadiah percuma yang lain seperti telefon pintar lipat Z Flip 7, Galaxy Tab S10 Lite dan Monitor M5 27 inci.

Beli barisan TV Samsung baharu dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clngo6n
  • Lazada – https://invl.me/clngo6m

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • TV Jenama China Diramal Mendominasi Pasaran Eropah
  • Samsung Lancar TV Pintar QLED 40 Inci Mampu Milik Serendah RM1,099

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY