Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Tab S6 Adalah Tablet Pertama Yang Diperakui Dengan Paparan HDR10+

Samsung Tawarkan Diskaun Sebanyak RM 700 Untuk Galaxy Tab S6

Diterbitkan Oktober 30, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 30, 2020 oleh Amsyar Latif

Samsung Galaxy Tab S6 masih menjadi pilihan buat mereka yang meminati siri tablet. Walaupun selepas pelancaran Galaxy Tab S7, spesifikasi pada peranti ini masih berbaloi untuk dimiliki.

Samsung Galaxy Tab S6 Adalah Tablet Pertama Yang Diperakui Dengan Paparan HDR10+

Galaxy Tab S6 dilancarkan pada Oktober tahun lalu pada harga RM 3099. Jika anda mencari tablet, Samsung Malaysia kini menawarkan diskaun sebanyak RM 700 buat peranti ini sempena minggu promosi Samsung.

galaxy tab s6

Anda hanya perlu tambahkan peranti ini di troli dan kemudian diskaun sebanyak RM 700 akan terus digunakan ketika hendak membuat pembayaran iaitu RM 2,399.

Selain itu, minggu promosi Samsung ini berjalan mulai hari ini sehingga 8 November yang menawarkan diskaun sehingga 44%.

samsung week

Mengimbas kembali spesifikasi yang ditawarkan, Galaxy Tab S6 dijana cip Snapdragon 855, 6GB RAM, storan dalaman 128GB serta paparan 10.5 inci Super AMOLED (2560×1600).

Ia juga didatangkan dengan S Pen yang boleh dicas secara magnetik pada bahagian belakang peranti serta menyokong sambungan 4G LTE.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY