Samsung dan Apple menjadikan iklan pemasaran dalam apa jua bentuk bagi menyerang atau membuktikan bahawa mereka lebih hebat di antara satu sama lain. Bagi meyemarakkan lagi 'peperangan' ini, Samsung telah mengeluarkan beberapa video iklan sekaligus untuk menyerang musuh ketatnya, Apple.
https://youtu.be/-O_MjXbX3VA
Video yang pertama memaparkan seorang lelaki bertanyakan kepada pekerja Apple berkenaan penggunaan set kepala pada peranti iPhone. Staf Apple memberitahu ia boleh dilakukan dengan menggunakan dongle yang disediakan di dalam kotak apabila membeli peranti iPhone.
Lelaki itu bertanya lagi, bagaimana pula sekiranya beliau mahu mengecas peranti pada waktu yang sama, staf itu mencadangkan beliau untuk mendapat dongle yang lain. Jawapan tersebut tidak dapat diterima oleh pelanggan lelaki berkenaan.
https://youtu.be/nxi0AtBVRZE
Video seterusnya pula melibatkan seorang pelanggan bertanya berkenaan fungsi pengecasan pantas bagi iPhone. Staf yang sama memberitahu iPhone tidak hadir dengan fungsi tersebut, namun mendakwa beliau boleh mendapatkan kabel Lightning serta palam kuasa pengecasan pantas bagi menikmati fungsi itu.
Dakwaan itu dinyatakan selepas pelanggan wanita tersebut memberitahu bahawa Samsung S9 hadir dengan fungsi pengecasan pantas. iPhone 2018 dilaporkan akan hadir dengan fungsi berkenaan, jadi mungkin Samsung perlu memikirkan fungsi lain pula untuk diserang selepas ini.
https://youtu.be/PTntzNhTTsE
Serangan seterusnya adalah terhadap kamera iPhone pula. DXOMark yang merupakan penilai bagi prestasi kamera telah memberikan skor 97 kepada kamera iPhone X manakala 99 markah pula diberikan kepada kamera Samsung Galaxy S9+.
Staf Apple dalam video itu tidak dapat menerima kenyataan dengan mengingatkan pelanggan yang memberitahunya tentang perkara tersebut agar tidak terlalu mempercayai skor yang diberikan.
https://youtu.be/7trMPJNBV20
Video yang terakhir pula adalah berkaitan kepantasan muat turun. Seorang kenalan staf Apple, Rose memberitahu iPhone X bukan peranti yang mempunyai kepantasan muat turun tertinggi di dunia. Staf itu memperakui kenyataan tersebut namun mendakwa iPhone X mampu memuat turun dengan lebih pantas berbanding iPhone 8.
Rose pula menjawab dengan menyatakan Samsung S9 pula memiliki kepantasan muat turun yang lebih baik berbanding iPhone X, sambil menyindir dakwaan Apple yang menggelar iPhone X sebagai 'telefon pintar masa hadapan'. Namun, bagi kami serangan kali ini bersifat agak subjektif dan sukar dibuktikan.
Jadi, dengan empat serangan video ini kami menjangkakan pihak Apple tidak akan berdiam diri. Mungkin kita akan melihat serangan balas dari mereka tidak lama lagi, atau mungkin mereka akan menyerang menggunakan model iPhone 2018 yang akan dilancarkan kelak.
Sama-sama kita nantikan.
Kredit video : Samsung US (Youtube)
Sumber
Berkaitan
- iPhone 8 Bakal Memiliki Dwi-Kamera Dari LG Dengan Sokongan Fotografi 3D
- Apple Inc Masih Lagi Bukan Syarikat Paling Bernilai Di Amerika Syarikat
- Kalah Kes Berkaitan Paten, Apple Diarah Bayar $31 Juta Kepada Qualcomm
- Nak Menang Galaxy Note 10? Cuba Nasib Anda Melalui #MYSamsungCreation
- Samsung Lancarkan Program iOS Beta Untuk Gear S2 Dan Gear Fit 2
- Samsung Tidak Tergesa-gesa Untuk Memperkenalkan Peranti Bersama Skrin Boleh Dilipat
- Samsung Bakal Memperkenalkan Peranti Boleh Lipat Mereka Pada Acara "Unpacked" Nanti
- iPhone SE 2 Dikhabarkan Bakal Dilancarkan Pada Bulan Mei
- Kenapa Apple Mac Tak Ada Stiker "Intel Inside"?
- Apple Akan Keluar Dari China Jika Tarif 25% Dikenakan Kepada Mereka