Dilaporkan juga, model Galaxy S8 tidak dilengkapi dengan butang Home. Selain itu, sensor pengimbas cap jari mungkin ditanam disebalik skrin paparan 2K Super AMOLED yang tidak lagi menggunakan susun atur 'PenTile' bertujuan menambah baik dari segi ketajaman paparan terutama sekali untuk realiti maya (VR).
Membuang bicu audio 3.5mm membolehkan Samsung mencipta Galaxy S8 lebih nipis dan mempunyai ruang yang lebih untuk bateri bersaiz besar. Samsung dipercayai akan melengkapkan model terbaru itu dengan speaker stereo dengan kerjasama dengan Harman, sebuah syarikat akan diambil alih oleh Samsung dengan nilai $8bilion.
Samsung akan memperkenalkan Galaxy S8 secara rasmi pada Februari tahun hadapan yang dijadualkan berlansung di Kongres Mudah Alih Dunia bertempat di Barcelona, Sepanyol. Syarikat itu juga belum mahu mengesahkan apa-apa tentang peranti mereka sebelum acara pelancaran. Mungkin mereka masih ada beberapa lagi kejutan untuk dihidangkan kepada peminat telefon Samsung.
Berkaitan
- Facebook Sedang Menguji Fungsi Yang Menggabungkan Notifikasi Dari Facebook, Messenger, Dan Instagram
- YouTube Kini Paparkan Video Tanpa Mengira Nisbah Paparan
- Senarai Harga Telefon Pintar Xiaomi Selepas Caj SST Yang Bermula Hari Ini
- Ini Mungkin Spesifikasi Untuk Nokia 7 Plus
- Cara Navigasi Google Maps Tanpa Sambungan Internet
- Nokia 105 dan Nokia 220 4G Diperkenalkan Pada Harga Sekitar ~RM60
- Android Oreo Beta Bagi Honor 8 Pro Sudah Mula Ditawarkan
- Qualcomm Umum Snapdragon X65, Modem Pertama Cecah 10Gbps
- Facebook Akan Tapis Perkongsian Berunsur Meminta Like, Share Atau Komen.
- Sekolah Di Jerman Dilarang Guna Microsoft Office 365