Samsung Galaxy A71
Galaxy A71 mempunyai 6.7 inci FHD+ Super AMOLED dengan lubang kamera Infinity-O di tengah skrin yang bersamaan dengan Galaxy Note 10. Skrin itu dilindungi oleh Gorilla Glass 3 dan mempunyai nisbah 20:9.
Peranti dikuasakan oleh Snapdragon 730 bersama-sama pilihan RAM 6GB/8GB dan juga storan dalaman 128GB. Terdapat juga slot microSD yang menyokong sehingga 512GB.
Terdapat kuad kamera di bahagian belakang - 64MP, f/1.8 (utama) + 5MP, f/2.2 (depth) + 5MP, f/2.4 (makro) + 12MP, f/2.2 (ultralebar). Untuk swafoto pula ia mempunyai 32MP, f/2.2.
Bateri sebesar 4,500mAh dimuatkan dan disertakan pengecasan pantas 25W melalui USB-C. Selain itu, terdapat juga bicu 3.5mm dan juga Bluetooth 5.0.
Samsung Galaxy A51
Galaxy A51 menawarkan rupa dan rekaan seakan Galaxy A71, tetapi dengan spesifikasi yang sedikit rendah. Skrin peranti bersaiz 6.5 inci FHD+ Super AMOLED serta lubang kamera tengah Infinity-O yang sama. Ia juga masih mempunyai 32MP kamera swafoto, Gorilla Glass 3, dan juga skrin nisbah 20:9 yang sama dengan Galaxy A71.
Untuk kuasa, ia dijana oleh Exynos 9611 dengan RAM 4GB/6GB/8GB serta storan dalaman 64GB/128GB yang menyokong kad mikroSD sehingga 512GB.
Kuad kamera Galaxy A51 pula menggunakan 48MP, f/2.0 (utama) + 5MP, f/2.2 (depth) + 5MP, f/2.4 (makro) + 12MP, f/2.2 (ultralebar).
Bateri peranti pula adalah 4,000mAh dengan pengecasan 15W sahaja. Terdapat juga bicu 3.5mm dan Bluetooth 5.0
Galaxy A71 dan Galaxy A51 ini dilancarkan di Vietnam. Tarikh dan harga jualan Galaxy A71 belum diumumkan namun untuk Galaxy A51 ia berharga 7,990,000 VND (~RM1434) dan dijual bermula 27 Disember ini di sana.
Sumber: Galaxy A71, Galaxy A51, Samsung
Berkaitan
- Butiran Spesifikasi Dan Fungsi Samsung Galaxy S11 Mula Didedahkan - Rakaman Video Sehingga 8K Salah Satunya
- Samsung Umum Exynos 850 - Sebuah Cip 8nm Untuk Peranti Bajet
- Rekaan Samsung Galaxy S11 Dan S11e Mula Diperlihatkan
- Samsung Memulakan Siri A 2021 Dengan Melancarkan Kelas Permulaan Galaxy A12 Dan Galaxy A02S
- Kisah Sedih Pengguna Samsung Galaxy Z Flip, Buka-Buka Skrin Terus Retak
- SelfieType - Samsung Bakal Perkenalkan Teknologi Menaip Menggunakan Kamera Swafoto
- Samsung Galaxy S11+ Bakal Dimuatkan Dengan Kapasiti Bateri 5,000mAh
- Samsung Lancarkan 980 Pro, SSD NVMe Berasaskan PCIe 4.0 Dengan Kelajuan Baca Sehingga 7000MB/s
- Wujudkah Telefon Dengan Apertur Boleh Ubah Selain Samsung Galaxy S9?
- Samsung Lancar Galaxy M11 - Paparan 6.4" Infinity O, 5000mAh USB-C, Dan Tri-Kamera