Samsung Notebook Odyssey Z- Untuk Kepuasan Bermain Yang Maksima

Pada 3 April yang lalu, Intel Corp. telah mengadakan satu majlis pelancaran global untuk generasi ke lapan Intel Core i7 dan 6 cip teras yang merupakan CPU terbaru mereka. Dalam majlis yang sama, syarikat telekomunikasi Korea Selatan,Samsung juga telah melancarkan sebuah komputer riba terbaru mereka, Samsung Notebook Odyssey Z.

Image result for samsung notebook odyssey z

Menurut Samsung, Notebook Odyssey Z ini adalah direka khas dengan kualiti kejuruteraan terbaik untuk memberi kepuasan kepada para penggemar permainan komputer. Peranti ini akan hadir dengan generasi ke lapan Intel Core i7 dan 6 cip teras serta kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 Max-P yang akan memastikan pengguna dapat bermain permainan video terkini dengan tetapan grafik definisi tinggi. Peranti ini boleh didapati dengan memori sehingga 16GB RAM dan juga menyokong penggunaan memori DDR4 dengan bandwidth 2,400 MHz maka permainan video anda dapat dimainkan dengan kelancaran sempurna.

Image result for samsung notebook odyssey z

 

Selain itu, dari segi paparan skrin pula, Samsung telah menggunakan skrin definisi penuh (HD) seluas 15.6 inci dan juga kamera definisi tinggi 720 piksel. Peranti ini turut dilengkapi dengan reka cipta penyejukan Z AeroFlow dan Z Blade Blower yang akan  membantu mengekalkan suhu pada tahap optimum semasa bermain permainan video.

Image result for samsung notebook odyssey z

Tambahan pula, dengan rekaan sistem pengudaraan baru yang dinamakan Dynamic Spread Vapor Chamber melindungi GPU dan CPU Samsung Notebook Odyssey Z ini, masalah berkenaan suhu tinggi akibat sistem pengudaraan yang dipenuhi habuk juga tidak akan berlaku.

Related image

 

Reka cipta papan kekunci bagi peranti ini juga adalah dicipta khas bagi memberi keselasaan kepada pengguna untuk dapat menikmati masa bermain dengan tenang. Dengan rekaan Crater Keycaps dan papan sesentuh terbaru, ia akan memberi rasa seperti sedang bermain menggunakan desktop. Berikut merupakan spesifikasi Odyssey Z ini seperti yang dikeluarkan Samsung di laman sesawang rasmi mereka.

Image result for samsung notebook odyssey z

Sehingga pada masa artikel ini ditulis, masih belum ada pengumuman rasmi berkenaan harga dan tarikh pelancaran Samsung Notebook Odyssey Z di Malaysia oleh pihak Samsung.

Sumber