Namun sejak memperkenalkan Helio G90 dan G90T, ia berjaya mengubah persepsi pengguna terhadap cip pemprosesan MediaTek. Bergerak kehadapan, pengeluar berpengkalan di Taiwan itu bakal menggandakan usaha kearah pembangunan penyelesaian 5G.
Menggarap laporan daripada China Times, pengeluar telefon pintar nombor satu dunia, Samsung mungkin menggunakan cip pemproses MediaTek 5G pada peranti mereka. Dua cip yang disebutkan adalah MT6885 serta MT6873 dan ia juga dijangka tampil pada peranti kelas pertengahan Huawei. Ini dilihat sebagai langkah Samsung dalam mempersiapkan barisan peranti 5G untuk kelas pertengahan seperti siri A dan M yang lebih mampu milik.
Samsung sedia membangunkan cip pemproses yang menyokong 5G, namun ia mungkin digunakan pada peranti flagship mereka akan datang seperti siri Galaxy S11 dan Galaxy Fold 2.
Terdahulu, MediaTek sedia melancarkan cip Dimensity 1000 yang diintegrasikan dengan 5G NR (Sub-6GHz). Ia memberikan kepantasan muat turun sehingga 4.7Gbps serta muat naik 2.5Gbps melalui rangkaian sub-6Ghz.
Sumber: China Times
Berkaitan
- Samsung Sambung Semula Kemaskini Android Oreo Untuk Galaxy S8 Dan S8+
- Harga Galaxy A8 dan A8+(2018) Agak Mahal? Ini Penjelasan Dari Pengarah Pemasaran Samsung
- Samsung Perkenal Sero, TV Dengan Paparan Menegak
- Jangan Cas Jam Pintar Samsung Gear S3 Selain Dari Pengecas Asal
- AMD Dilapor Menyaman MediaTek Kerana Pelanggaran Hak Paten Teknologi Grafik
- Harga Untuk Samsung Galaxy M Dikhabarkan Bawah Paras RM800 Untuk Pasaran India
- Samsung Dan Xiaomi Menerajui Pasaran Telefon Pintar Di India Untuk Suku Ke-3 Tahun 2017
- Samsung Disaman Kerana Galaxy Note 7 Meletup Didalam Poket
- Punca Bateri Samsung Galaxy Note 7 Meletup Kini Didedahkan.
- MWC 2017 | Samsung Dedahkan Hari Pelancaran Galaxy S8