Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna iPhone Berang Dengan Iklan Peranti Galaxy S9 Oleh Samsung

Samsung Mula Tawarkan One UI Dengan Android Pie Pada Peranti Galaxy S9 & S9+

Diterbitkan Disember 25, 2018 · Dikemas kini Disember 25, 2018 oleh Haikel Areff

Ketika kebanyakan pengeluar lain sudah mula menawarkan sistem Android 9 Pie pada peranti-peranti mereka, Samsung masih lagi belum melakukan perkara berkenaan sehingga ke hari ini.

Namun ia dijangka berubah tidak lama lagi. Ini kerana baru-baru ini SamMobile telah mengesan penawaran Android Pie bersama sistem antaramuka baharu, One UI bagi model Galaxy S9 dan S9+ di Eropah.

Samsung Mula Tawarkan One UI Dengan Android Pie Pada Peranti Galaxy S9 & S9+
SamMobile

Antara negara yang terpilih bagi penawaran tersebut ialah Jerman, Belanda dan Slovakia. Ia dianggap sebagai hadiah Hari Natal dari Samsung bagi pengguna di sana kerana sistem ini sepatutnya hanya mula ditawarkan pada bulan hadapan.

Baca juga: Samsung Umum One UI, Antaramuka Yang Lebih Kemas

Selain Galaxy S9 dan S9+, sistem ini dijangka akan tersedia untuk dinikmati oleh pemilih model-model lain seperti Galaxy Note 9, Galaxy S8, Galaxy S8+, Galaxy A9 2018 dan Galaxy A7 2018.

Sistem antaramuka One UI ini ditunggu-tunggu oleh pengguna Samsung, terutamanya pengguna siri Galaxy Note kerana ia dikatakan lebih kemas dan “mesra peranti besar”.

Mengambil kira rekod penawaran sebelum ini, pengguna model Samsung terpilih di Malaysia berkemungkinan besar akan mula menerima kemaskini ini pada dua minggu akan datang.

 

Sumber: SamMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY