Dari TouchWiz bertukar kepada Samsung Experience dan yang terbaru, One UI pula diumumkan. Ia diperkenalkan pada acara Samsung Developer Conference 2018 selain berkongsi sedikit maklumat tentang peranti boleh lipat mereka.
Antaramuka ini dibangunkan dengan fokus memaparkan kandungan yang relevan diseparuh bahagian bawah skrin. Ini bermaksud segala ciri seperti menu aplikasi dan pop up akan muncul dari bawah.
Menurut Samsung, ia memberikan pengalaman lebih natural kepada pengguna selain mudah digunakan satu tangan. Ia turut didatangkan dengan Dark Mode yang baru. Dalam kata lain, selesa digunakan pada peranti dengan paparan yang besar.
Ia turut direka supaya dapat dijalankan pada peranti boleh lipat yang menggunakan skrin Infinity Flex Display.
Syarikat tersebut mengumumkan penawaran One UI pada Galaxy Note dan S9 bermula Januari depan.
Ujian beta terbuka untuk One UI hanya ditawarkan pada beberapa negara terpilih sahaja.
Sumber: Engadget
Berkaitan
- Model Baru Samsung Pintas P30 Pro Dan Galaxy S10 5G Dalam Carta DxOMark
- Apple Dijangka Guna Skrin Paparan Berlubang Untuk Ganti Takuk iPhone Pada 2020
- Samsung Mungkin Menggunakan Bateri Buatan Jepun Untuk Galaxy S8
- Pengeluaran iPhone 12 6.1 inci Dilaporkan Bermula Seawal Julai
- Miliki Mi 9 Dari RM45/Bulan Melalui Pelan Zerolution Dari Maxis
- iPhone 2018 Didakwa 10% Lebih Laju Serta Digandingkan Dengan RAM 4GB
- Samsung Dalam Usaha Membawakan Ciri Mod Potret Pada Galaxy S8
- Senarai Peranti Xiaomi Yang Dikatakan Bakal Menerima MIUI 11
- Samsung S10 X Dan Huawei P30 Pro Dijangka Hadir Dengan RAM 12GB
- OnePlus 5 Kalahkan iPhone 7 Plus Dalam Ujian Kepantasan