Samsung Memperkenalkan Tiga Model Siri Galaxy A(2017) Dengan Penambah-baikkan Kamera

Samsung telah melancarkan tiga model terbaru dibawah siri Galaxy A(2017) iaitu Galaxy A3(2017), Galaxy A5(2017) dan Galaxy A7(2017). Ketiga-tiga model telefon ini akan diperkenalkan di Rusia awal Januari. Sebenarnya ketiga-tiga model ini adalah adik kepada model sebelum ini iaitu siri Galaxy A(2016). Pelik betul Samsung ni, memang dah tak ada nama lain ke?. Panjang bebenor nak sebut.

Menurut Samsung, siri Galaxy A(2017) ini dibina dengan kamera yang dibaik-pulih berbanding siri Galaxy A(2016). Mereka juga mendakwa ketiga-tiga telefon ini mempunyai penambah-baikkan terhadap keupayaan 'low-light'.

Ketiga-tiga model Galaxy A(2017) ini akan menggunakan Android 6.0.1 marsmallow bersama dengan sokongan dwi-kad sim dan paparan AMOLED. Sensor lain seperti sensor accelerometer, ambient light, barometer, magnetometer, dan sensor proximity.

Antara perbezaan lain adalah model pada tahun ini hadir dengan sokongan storan sehingga 256GB, pengimbas cap jari di butang 'Home' dan juga sokongan 'Fast-Charging'. Selain daripada itu, model siri galaxy A (2017) juga bakal didatangkan dengan fungsi tambahan Samsung Pay, Samsung Cloud dan fungsi keselamatan seperti 'Secure Folder'.

Ketiga-tiga model baru ini juga kalis air dan debu dengan IP68. Ketiga-tiga model ini akan hadir dengan pilihan warna Black Sky, Gold Sand, Blue Mist, dan Peach Cloud.
galaxy_a3_blue_mistgalaxy_a5_gold_sandsamsung_galaxy_a3_a5_a7_2017_black_1483352915849

Samsung Galaxy A7 (2017)

Samsung Galaxy A7 (2017) dibina dengan paparan skrin 5.7 inci HD penuh (1080x1920 pixels) Super AMOLED dan dikuasai dengan SoC  1.9GHz Octa-Core digandingkan bersama RAM bersaiz 3GB. Ianya mempunyai 16-Megapixel kamera belakang bersama flash LED dan aperture f/1.9. Kamera depan juga mempunyai sensor 16-Megapixel dan aperture f/1.9.

Galaxy A7 (2017) dimuatkan dengan storan dalaman sebanyak 32GB yang boleh dibesarkan dengan menggunakan kad microSD (sehingga 256GB). ianya mempunyai ukuran badan 156.8x77.6x7.9 mm dan mempunyai saiz bateri sebesar 3600 mAh


Samsung Galaxy A5 (2017)

Samsung Galaxy A5 (2017) mempunyai skrin 5.2 inci bersama papran HD penuh  (1080x1920 pixels) Super AMOLED. Ianya juga menggunakan SoC 1.9GHz Octa-Core dan RAM juga bersaiz 3GB. Dari segi kamera pula ianya adalah sama seperti Galaxy A7(2017) dengan 16-Megapixel kamera depan dan belakang,

Berlainan dengan Galaxy A7(2017), Galaxy A5(2017) mempunyai ukuran sedikit kecil dengan 146.1x71.4x7.9 mm dan bateri hanya bersaiz 300 mAh

Samsung Galaxy A3 (2017)

Adik beradik yang ketiga dalam keluarga Galaxy A ini adalah pilihan berspesifikasi rendah berbanding dengan kedua-dua abang kembarnya, dengan paparan skrin berukuran 4.7 inci dan RAM hanya sebesar 2GB. Dari segi kamera pula, Galaxy A3(2017) hanya dibina dengan sensor bersaiz 13-Megapixel untuk kamera belakang manakala hanay 8-Megapixel untuk kamera hadapan.

Ianya mempunyai ukuran bersaiz 135.4x66.2x7.9 mm bersama kapasiti bateri sebanyak  2350 mAh.

Galaxy A 2017 ini akan dilancarkan di Malaysia secara rasminya dalam masa tiga hari lagi, iaitu pada 5 Januari 2017. Berkenaan denga pelancaran peranti mid-range Samsung ini, DJ Koh iaitu Presiden Komunikasi berkata Samsung sentiasa mahu memastikan pengguna merasai teknologi yang paling 'advance' di pasaran.

Sumber: The Verge