OnePlus 3T Dengan Qualcomm Snapdragon 821 Dilancarkan Hari Ini

OnePlus telah melancarkan model OnePlus 3T secara rasmi hari ini melalui Livestream Facebook mereka awal pagi ini. Model OnePlus 3 sebelum ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan, dibina dengan Qualcomm Snapdragon 820, Adreno 530 GPU dan paparan skrin berukuran 5.5 inci menjadikan OnePlus 3 telefon flagship mid-range yang terunggul pada tahun ini.

untitled

1.Rekaan Luar

Model terbaru dari OnePlus ini akan tampil dengan rekaan luar yang lebih kurang sama dengan model OnePlus 3 sebelum ini. Tiada perubahan ketara yang diketengahkan oleh OnePlus untuk model baru mereka ini. Ianya masih mengekalkan skrin 5.5 inci Optic AMOLED Gorilla Glass 4 dengan ukuran  152.7 x 74.7 x 7.35mm dan berat 158g yang sama seperti OnePlus 3.

2.Hardware, Software dan Bateri

Dari segi software, model 3T ini masih menggunakan OxygenOS bersama Android Marshmallow. Ini agak mengecewakan kerana mereka masih menggunakan sistem operasi Marsmallow namun kalau dilihat dari segi prestasi OnePlus 3 sebelum ini, anda tidak perlu risau kerana peranti ini masih boleh menjalankan sistem dengan lancar. Cuma lagi menarik jika mereka manaik taraf menggunakan Android Nougat misalnya.

Antara perubahan ketara adalah dari segi hardware dan kapasiti bateri. OnePlus 3T ini dibina dengan cipset Qualcomm Snapdragon 820, Adreno 530 GPU. Ini bermakna telefon ini akan menawarkan lebih kuasa dan lebih pantas. Dari segi kapasiti bateri pula, OnePlus 3T dilengkapi dengan saiz bateri 3,400mAh berbanding 3000mAh untuk model sebelum ini. Ianya masih menawarkan sokongan cas pantas (dash charging) yang mampu bertahan selama sehari dan cas penuh mengambil masa selama setengah jam sahaja.

Dari segi saiz RAM, OnePlus 3T masih menawarkan 6GB LPDDR4 yang sama seperti sebelum ini.

3.Storan

OnePlus 3T ini hadir dengan dua plihan storan dalaman iaitu 64GB / 128GB UFS 2.0 dan tiada microSD

4.Kamera

Dari segi keupayaan kamera pula, OnePlus 3T menawarkan penambahbaikkan terhadap kamera 'selfie' mereka dengan sensor 16-Megapixel Samsung 3P8SP (EIS, PDAF, f/2.0) berbanding 8-Megapixel sebelum ini. Kamera utama 16MP Sony IMX298 (OIS, EIS, PDAF, f/2.0) masih dikekalkan.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=1fFx4oMQ0jc[/embed]

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=WFXTEopGk74[/embed]

Apa pandangan anda? Adakah berbaloi membeli OnePlus 3T dengan hanya sedikit penambahbaikkan? Atau perlu tunggu OnePlus 4 yang dikhabarkan pelancarannya pada tahun hadapan?

 

Berkaitan