Jika dililihat di pasaran ketika ini, kereta elektrik masih belum mekar sepenuhnya dan penjualan hanya menumpukan kepada pengguna kelas atasan (mahal), seperti Tesla. Tetapi secara logiknya, Volvo dari dulu lagi memfokuskan kepada kereta kelas atasan, dan strategi mereka untuk ke arah kereta elektrik sepenuhnya tidaklah mengejutkan.
"Pengumuman ini menandakan berakhirnya pembuatan kereta enjin petrol" Kata CEO Volco Car, Hakan Samuelsson. Walaubagaimanapun syarikat yang berpangkalan di Sweeden tersebut akan tetap meneruskan pembuatan model kereta berenjin petrol yang dilancarkan sebelum tahun 2019.
Volvo turut memberitahu, 5 model bakal dilancarkan pada tahun 2019 ini- 3 darinya dari Volvo dan 2 lagi dari jenama Plestar. Kesemuanya akan beroperasi menggunakan enjin elektrik. Syarikat milik Zhejiang Geely Holding Group ini juga akan dihasilkan di semua kilang Volvo serata dunia.
Volvo dilaporkan telah membuat pelaburan yang banyak untuk model dan kilang baru semenjak dibeli oleh syarikat gergasi China, Geely pada tahun 2010 yang lalu. Sebelum ini Volvo di bawah Ford.
Sumber: New York Times
Berkaitan
- realme X2 Pro, Peranti Paling 'Hype' Dengan Cip Pemprosesan Terpantas Snapdragon 855+
- CES 2017: Nokia 6 - Telefon Pintar Android Pertama Dari Nokia
- Oppo R17 Pro Kini Rasmi, Hadir Dengan Tri-Kamera & Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin
- Apple Bakal Memperkenalkan 3 Model Baru MacBook Jun Ini
- Huawei Nova 3e, Peranti Dengan Kamera Swafoto Premium Pada Harga Mampu Milik
- Huawei Mate 9 Pro Dengan Dwi-Kamera Leica Dilancarkan
- Google Maps Akan Menambah Ciri Kekosongan Tempat Letak Kereta
- Signal Wi-Fi Anda Lemah? Pentingnya Meletakkan Router Wi-Fi Di Posisi Yang Betul
- Celcom Menyalahkan Kerja Naik Taraf Atas Gangguan Servis
- (Ulasan) Samsung Galaxy A30 - Strategi Samsung Untuk Menyaingi Xiaomi