Senarai lengkap bagi bayaran dan jumlah tambah nilai yang akan diterima selepas 6% SST adalah seperti di bawah :
Sehubungan dengan itu, beberapa penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti Celcom dan Telekom Malaysia menawarkan 'produk gantian' bagi SST yang telah dikenakan.
Celcom akan mengkreditkan semula jumlah SST yang dikenakan sebagai kredit panggilan. Sebagai contoh, untuk tambah nilai RM 10, 28 sen akan dikreditkan semula kepada pengguna. Namun, kredit tersebut hanya boleh digunakan untuk membuat panggilan suara dan sah digunakan dalam masa 24 jam dari tempoh tambah nilai sahaja.
Manakala Telekom Malaysia pula akan menawarkan data tambahan secara percuma bagi setiap tambah nilai prabayar unfi Mobile-nya. Jumlah data yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Kredit : TM
Tawaran ini hanya terbuka bagi tempoh 1 September hingga 31 Disember 2018 serta bagi pelanggan warganegara Malaysia sahaja.
Perkara ini telah pun dijangka akan berlaku lebih awal turut berlaku semasa pengenalan cukai GST dahulu. Namun selepas perbincangan diadakan bersama dengan syarikat telekomunikasi, mereka akhirnya bersetuju untuk menyerap cukai 6% GST yang dikenakan dahulu tanpa memberi kesan kepada jumlah tambah nilai yang diterima pengguna.
Maka dengan itu, rakyat Malaysia sememangnya berharap agar jalan penyelesaian terbaik berkeaan perkara ini agar suasana menang-menang dapat dicapai. Bukan sahaja di antara kerajaan dan telko, malah untuk pengguna dan rakyat juga.
Sumber : Celcom, Telekom Malaysia, SoyaCincau BM
Berkaitan
- Tunjuk Skil 'Mobile Photography' Anda Dalam Pertandingan Seni Fotografi Publika Hari Malaysia 2019
- Vivo Malaysia Bekerjasama Dengan Dahmakan, Beri Diskaun 25% Untuk Pesanan Pertama
- RM 20 Juta Bagi Pembangunan Industri E-Sukan Malaysia 2019
- OPPO F11 Pro Bakal Tiba Ke Pasaran Malaysia Pada Bulan Ini
- "Jangan Tertipu Dengan E-mel Ini, Ia Adalah SCAM" - Telekom Malaysia
- Alibaba Sports Bawa World Electronic Sports Games Ke Malaysia Januari 2020
- Samsung Galaxy Note 9 Dilancarkan Secara Rasmi Bagi Pasaran Malaysia
- Vivo S1 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Disember Ini
- Tak Semua Rangkaian Sama, Celcom Dinobatkan Penyedia Liputan Rangkaian 4G Terbaik Di Malaysia Oleh OpenSignal
- vivo X21 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Akan Mula Dijual 9 Jun Ini