Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jerman Buka Laluan Sistem ‘e-Highway’ Pertama Untuk Trak

Jerman Buka Laluan Sistem ‘e-Highway’ Pertama Untuk Trak

Diterbitkan Mei 10, 2019 · Dikemas kini Mei 10, 2019 oleh Haikel Areff

Jerman telah membuka laluan “eHighway” yang membenarkan trak kargo hybrid untuk mengecas bateri kenderan semasa dipandu.

Teknologi yang diperkenalkan ini membabitkan lebuhraya dengan jarak mencecah 10 kilometer di Autobahn berdekatan dengan bandar Frankfurt. Ia menggunakan kuasa 670v elektrik arus terus melalui kabel dibahagian atas kenderaan bagi menyambungkan kuasa dan mengecas semula bateri semasa bergerak.

Jerman Buka Laluan Sistem ‘e-Highway’ Pertama Untuk Trak

Pada trak, mempunyai rod konduktor yang dipanggil ‘Pantographs’ dipasang pada atas kabin trak dan ia perlu mencapai kelajuan 90 km/h supaya mendapat sambungan eletrik.

Semasa sambungan elektrik berlaku, trak akan berfungsi menggunakan kuasa elektrik sahaja dan apabila bertukar ke lebuhraya biasa, ia beralih kepada enjin hybrid.

Siemens selaku salah satu syarikat yang terlibat dalam projek ELISA (electrified innovative heavy traffic on the Autobahn) ini menyatakan, teknologi itu akan menjimatkan perbelanjaan minyak sebanyak 20.000 Euro (RM93,000+-) untuk perjalanan lebih kurang 100,000km bagi trak 40 tan.

Dua lagi lebuhraya serupa sedang dalam kerja-kerja pembinaan dengan mengambil lokasi di utara Schleswig-Holstein dan satu lagi di barat daya negara itu.

Sumber: Business Insider

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY