Shopee Umum Jualan Promosi Sempena Tahun Baru Cina

Sudah menjadi kebiasaan bagi gedung-gedung beli belah atas talian untuk mengadakan jualan promosi setiap kali adanya sambutan perayaan.

Perkara yang sama juga akan berlaku pada Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi. Terbaru, Shopee telah mengumumkan beberapa promosi menarik dari mereka bagi meraikan perayaan tersebut.

Mereka telah melancarkan kempen "Shopee Kongsi Fa Cai" yang menyediakan tiga promosi menarik di bawahnya.



Antaranya ialah 88% pulangan tunai setiap hari yang membolehkan pembeli mendapatkan sehingga RM5.88 pulangan daripada setiap belian yang mereka lakukan di platform tersebut setiap hari.

Selain itu, Shopee juga meyediakan 88,888 kotak misteri yang mengandungi produk dari pelbagai jenama yang dijual pada separuh harga(sekurang-kurangnya). Pelanggan juga tidak perlu membayar sebarang kos penghantaran.

Seterusnya, mereka juga menawarkan RM888,888 bagi Shopee Shake, di mana pembeli berpeluang memenangi sebahagian daripadanya dengan hanya menggoncangkan peranti anda.



Mereka turut akan mengadakan satu jualan kilat Shocking Sale pada 15 Januari hingga 22 Januari, yang melibatkan 8 jualan berbeza setiap hari sepanjang tempoh tersebut.

Melalui jualan itu, pelanggan berpeluang mendapatkan pelbagai produk menarik pada harga serendah RM0.88 atau sehingga 88% diskaun. Antara kategori produk yang terlibat ialah fesyen, barang elektronik, kecantikan, peralatan rumah dan banyak lagi.

Selain promosi berkaitan jualan, Shopee bakal menganjurkan Shopee CNY Live Quiz pada aplikasi mudah alih mereka. Peserta berkemungkinan akan menjadi pemenang daripada keseluruhan 888,888 syiling Shopee, selain RM1,000 hadiah mingguan dan banyak lagi.

Kuiz ini akan diadakan pada jam 12 tengahari dari 14 Jan-31 Jan dan 12 tengahari serta 8 malam dari 22 Jan-24 Jan. Untuk menjadi pemenang, peserta hanya perlu menjawab semua soalan berkenaan isu-isu semasa dengan betul sahaja.



Dalam pada itu, Shopee turut mengumumkan beberapa kedai rasmi baharu di platform mereka. Jenama-jenama terlibat ialah MSI, Logitech, Etude House, Crocs, ELLE, Anmum dan World of Sports.

Maka dengan itu, jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada pemenang hadiah menarik serta mendapatkan produk pada harga lebih rendah sepanjang promosi Tahun Baru Cina Shopee ini.

Untuk mereka yang masih tidak menggunakan aplikasi mudah alih Shopee, anda boleh memuat turun aplikasi mereka di Apple App Store dan Google Play Store sekarang.

 

Sumber: Shopee Malaysia