Samsung Malaysia Kini Mempunyai Gedung Dalam Talian Rasmi

Menerusi perkongsian kepada rakan media, Samsung Malaysia hari ini mengumumkan tentang pembukaan gedung dalam talian rasmi untuk peminat tempatan.

Dengan adanya gedung dalam talian rasmi, bakal pembeli lebih mudah dan yakin untuk melakukan sebarang pembelian kerana platform jual beli dikendalikan syarikat itu sendiri.



Bersempena dengan pembukaan tersebut, Samsung menyediakan hadiah istimewa kepada sesiapa yang membeli sebarang telefon pintar atau tablet dari gedung dalam talian rasmi itu.



Hadiah yang akan diberi secara percuma merupakan sebuah power bank (Samsung Battery Pack 5,100 mAh) dengan keupayaan pengecasan pantas bernilai RM249. Promosi hanya akan berjalan bermula dari hari ini 5 Julai 2018 sehingga 31 Julai 2018.

Buat masa sekarang, platform ini hanya menawarkan telefon pintar, tablet dan juga jam tangan pintar. Bagi produk yang lain ia mungkin akan disenaraikan tidak lama lagi.

Bagi anda yang berminat untuk melakukan pembelian bolehlah layari Gedung Dalam Talian Rasmi Samsung Malaysia.