Akan tetapi, penggunaan papan tulis ini juga terdapat kekurangannya yang tersendiri. Antaranya kita tidak boleh mengubah kedudukan papan tersebut sama ada dalam bentuk menegak atau melintang serta ruang menulis yang terhad. Masalah seperti itu akan dapat diselesaikan dengan menggunakan Samsung Flip.
Samsung Flip merupakan satu peranti dua dalam satu dimana ia boleh digunakan sebagai papan tulis mahu pun skrin paparan. Dengan menggunakan peranti ini, anda akan dapat mengubah suai kedudukan papan tulis ini kepada melintang atau menegak mengikut kesesuaian anda.
Dengan menggunakan fungsi Flip Notation akan memberikan anda pengalaman menulis yang baharu. Empat orang boleh menulis dalam satu masa yang sama dengan menggunakan pen khas yang disediakan dan boleh mengubah warna tulisan mengikut kreativiti masing-masing. Untuk memadam pula, anda cuma perlu menggunakan gerakan tangan sahaja.
Masalah ruang tidak mencukupi kini boleh dianggap selesai. Anda tidak lagi perlu untuk memadam tulisan terlebih dahulu sebelum boleh menulis semula. Melalui fungsi Flip Navigation anda cuma perlu scroll ke bawah untuk menambah ruangan menulis yang baharu. Selain itu, menerusi fungsi ini juga anda akan dapat kembali memaparkan semula ke perihal yang telah anda tulis sebelumnya dengan mudah.
Samsung Flip ini turut menyokong fungsi perkongsian skrin(screen sharing) yang membolehkan paparan daripada telefon pintar atau komputer dipaparkan pada skrin peranti tersebut. Ia seolah-eloh berfungsi seperti alat pemancar atau projector yang sering digunakan hari ini. Untuk pengetahuan paparan skrin peranti ini akan menggunakan skrin 55 inci UHD yang menjanjikan paparan yang jelas , menurut Samsung.
Mesyuarat atau perbincangan terpaksa ditangguhkan? Tiada masalah. Dengan fungsi Flip Solution pada Samsung Flip yang disokong oleh sistem operasi yang berkuasa tinggi Tizen 3.0, ia akan membolehkan anda untuk menyimpan data atau perkara yang dibincang dalam mesyuarat dan perbincangan. Jadi pada mesyuarat seterusnya, anda boleh terus membuka fail yang disimpan dan terus menyambung kembali perbincangan.
Ciri Samsung Flip yang membuatkannya mudah alih ini akan membolehkan segenap ruang yang ada di dalam bangunan pejabat anda bertukar menjadi bilik mesyuarat. Kaki mudah alih yang disertakan dengan roda itu memudahkan peranti ini untuk digerakkan ke mana sahaja mesyuarat mahu diadakan. Bukan itu sahaja, malahan fungsi Flip Touch yang lancar dan licin pula akan memberikan anda pengalaman menulis atau melukis yang sama seperti anda lakukan diatas kertas.
Kami turut berpeluang mencuba Samsung Flip ini dan rasanya memang sama dengan menulis di atas papan putih. Untuk pengetahuan anda, pen Samsung Flip ini mempunyai dua hujung yang berbeza iaitu hujung yang tajam dan juga hujung yang lebih bulat.
Dengan Samsung Flip ini, mesyuarat akan jadi lebih mudah, lancar dan fleksibel. Perbincangan boleh bermula dimana jua yang dikehendaki serta cara penyampaian juga akan bertambah menarik dan menarik perhatian. Tiada lagi masalah dakwat pen habis atau tiada ruang untuk menulis pada papan tulis selepas ini.
Peranti ini telah dilancarkan di Malaysia dan boleh didapati dengan harga yang ditawarkan ialah RM 12,999 oleh syarikat Samsung.
Berkaitan
- Samsung Buka Kilang Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Di Dunia
- Samsung Sekali Lagi Terlihat Membuat Kiriman Twitter Menggunakan iPhone
- CEO Samsung Sahkan Galaxy S10 Bukan Peranti Pertama Dengan Sokongan Rangkaian 5G
- Samsung DEX Mula Dijual Pada Harga RM 663
- Rebat Tunai Sebanyak RM 400 Ditawarkan Kepada Setiap Belian Samsung Galaxy Note 9
- Samsung Galaxy S10 Plus Rekod Markah DxOMark Tertinggi, Kongsi Kedudukan Bersama Huawei Mate 20 Pro
- Samsung Galaxy S8, Kini Berwarna Coral Blue
- Samsung Galaxy S20, S20+ Dan S20 Ultra Diperkenalkan- Apa Yang Anda Perlu Tahu
- Samsung Mula Tawarkan Kemaskini Mod Malam Pada Siri Galaxy S10, Mahu Menyaingi Pixel 3
- Samsung Patenkan Rekaan Telefon Boleh Lentur Mereka, Bakal Pesaing Nubia Alpha