Samsung telah melancarkan storan SSD (Solid State Drive) berkapasiti tinggi pertamanya yang bersaiz 61.44TB.
SSD berkapasiti tinggi ini bukan untuk pengguna umum, tetapi memfokuskan penggunaan di peringkat industri.
Kapasiti itu dicapai menerusi SSD BM1743 yang dibangun menggunakan teknologi storan menegak NAND (V-NAND) sel empat tahap (QLC) generasi ketujuh.
Dengan menggandakan hampir bilangan lapisan dalam timbunan berbanding generasi sebelumnya, teknologi ini menetapkan peringkat untuk peningkatan besar-besaran dalam ketumpatan bit dan penyelesaian kos yang lebih efektif.
Malah sokongan antara muka logik baharu ditambah dengan PCIe Gen4 dan PCIe Gen5. Pilihan untuk PCIe Gen5 bermakna peralatan pusat data terkini akan mempunyai kelebihan prestasi yang lebih lagi.
BM1743 mampu mencapai kelajuan bacaan berurutan sepantas 7200 MB/s. Manakala kelajuan tulis berjujukannya pula boleh mencapai sehingga 2000 MB/s.
Ia mempunyai daya tahan 0.26DWPD (drive writes per day) selama lima tahun.
Tetapi, jika saiz 61.44TB itu masih belum mencukupi, Samsung mengatakan bahawa teknologi storan mereka itu berpotensi mencecah kapasiti sehingga 122.88TB.
SSD baharu ini akan tersedia untuk pelayan dalam dua bentuk: U.2 dan PCIe 4.0 x4 yang juga akan tersedia dalam E3.S untuk antara muka PCIe 5.0 x4 untuk mesin berketumpatan storan tinggi.
Samsung akan mempunyai persaingan yang terhad dalam pasaran di mana saingan utamanya terdiri daripada Kioxia, Micron, dan SK Hynix.
{suggest}
Sumber: Samsung Semiconductor