Terdapat dua varian Galaxy Watch3 iaitu model 45mm dan 41mm. Unit yang kami terima adalah dari model 41mm dengan warna Mystic Bronze. Ikuti bingkisan di bawah ini untuk mengetahui reaksi awal mengenai Galaxy Watch3.
Buka Kotak
- Samsung Galaxy Watch3 41mm
- Kabel pengecasan
- Manual pengguna
Rekaan
Unit Galaxy Watch3 yang kami terima adalah warna Mystic Bronze dan merupakan salah satu dari 2 pilihan warna yang ditawarkan selain Mystic Silver. Pada pandangan kami, warna Mystic Bronze ini adalah lebih sesuai dipakai oleh wanita.
Melihat pada rekaan, jam pintar ini adalah 14% lebih nipis, 8% lebih kecil serta 15% lebih ringan berbanding model terdahulu. Ia juga kelihatan klasik dan lebih premium. Galaxy Watch3 didatangkan semula dengan rotating bezel atau bezel yang boleh diputar.
Di bahagian sisi kanan jam pintar ini dimuatkan dengan satu mikrofon serta dua butang fizikal iaitu butang Back dan Home. Bahagian kiri dibiarkan kosong tanpa sebarang butang.
Tali jam pula adalah dari jenis Premium Leather Genuine dengan warna Bronze. Terdapat spring bar yang boleh digunakan untuk menanggalkan tali dengan lebih mudah tanpa memerlukan sebarang peralatan khusus.
Spesifikasi
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Galaxy Watch3 didatangkan dengan dua variasi iaitu 1.2 inci bagi model 41mm sementara 45mm pula menawarkan skrin 1.4 inci. Binaan jam pintar ini pula adalah dari jenis keluli tahan karat.
Paparan yang digunakan pada Galaxy Watch3 adalah dari jenis Super AMOLED dengan perlindungan Corning Gorilla Glass DX. Dengan jenis skrin yang digunakan, paparan masih jelas walaupun berada di bawah cahaya matahari.
Dari segi ruang simpanan, jam pintar ini dimuatkan dengan RAM 1GB serta storan 8GB. Cip pemproses pula menampilkan Exynos 9110 dua teras (1.15GHz) dan menjalankan Tizen OS.
Galaxy Watch3 mempunyai keserasian sambungan dengan peranti Android dan juga iOS melalui aplikasi Samsung Galaxy. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelebihan apabila disambungkan dengan peranti Samsung. Dari segi ketahanan, ia menyokong penarafan kalis air 5ATM.
Terdapat pelbagai jenis antaramuka jam yang boleh disesuaikan pada Galaxy Watch3. Antara yang dimuatkan pada jam pintar ini adalah bezel yang boleh diputar, VO2 max, Sp02, Sleep Score, Women Health serta pemantauan degup jantung.
Ia juga dilengkapi dengan lebih daripada 120 program dan 41 jenis workout seperti yoga, mendaki, lari dan sebagainya. Jam pintar ini juga boleh digunakan untuk melihat dan membalas mesej, membuat dan menjawab panggilan, memainkan muzik dan sebagainya.
Janaan kuasa dibekalkan dengan kapasiti bateri 247mAh (41mm) dan 340mAh (45mm). Menurut Samsung, penggunaan biasa jam ini boleh bertahan sehingga 1.5 hari. Sementara penggunaan dengan mod power saving boleh bertahan sehingga 3.5 hari.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, untuk sebuah jam pintar dengan harga yang ditawarkan, anda mungkin boleh mendapatkan jam pintar lebih murah yang ada di pasaran ketika ini. Namun, jika anda inginkan sebuah jam pintar dengan rekaan yang klasik dan premium, ianya adalah berbaloi untuk dibeli.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai prestasi, kemampuan, dan lain-lain yang ditawarkan pada Galaxy Watch3, nantikan ulasan video yang akan disiarkan tidak lama lagi.
Berkaitan
- MacBook Pro Berasaskan Cip M1 Kini Dilancarkan - Ketahanan Bateri Sehingga 20 Jam, Harga Bermula RM5599
- Google Play Store Bolehkan Pengguna 'Uninstall' Aplikasi Peranti Yang Disambung
- Cara Semak CCTV Trafik Di Lebuh Raya Secara "Live"
- Google Perlihat Rekaan Pixel 8 Dan Pixel 8 Pro - Ini Yang Baharu
- WhatsApp Akan Padam Akaun Dari Aplikasi Pihak Ketiga, Ini Cara Kembali Ke Aplikasi Rasmi WhatsApp
- Peranti Starlink Kini Boleh Dibeli Di Harvey Norman
- Pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Mungkin Ditangguh Sementara
- Senarai ATM Bank Islam Untuk Pengeluaran Duit Raya 2023
- Google Lancar Ciri Seperti "Find My" Apple, Boleh Jejak Peranti Di Luar Talian
- Cara Daftar Vaksinasi COVID-19 Pada Aplikasi MySejahtera