Samsung Galaxy S8, Kini Berwarna Coral Blue

Samsung tahun ini memperkenalkan Galaxy S8 mereka dengan menawarkan pilihan variasi warna Midnight Black dan Maple Gold, Orchid Grey dan Arctic Silver. Kini syarikat Korea tersebut juga akan memperkenalkan variasi warna Coral Blue.

Maklumat ini diterima oleh seorang 'leaker' terkenal Evan Blass di akaun Twitter beliau. Tetapi mengikut laporan, variasi warna Coral Blue ini nampaknya hanya akan ditawarkan di pasaran US sahaja buat setakat ini.

 





Masih tiada laporan rasmi tentang syarikat mana yang akan menjadi pemasar utama variasi Coral Blue ini. Tetapi pada yang berminat, anda boleh membeli variasi 'rare' ini di laman web rasmi Samsung sendiri.

Sumber