Cara Bermain Permainan Android pada Windows

Bermain permainan video pada peranti mudah alih kian menjadi kegilaan pengguna peranti tersebut pada masa kini. Namun tidak semua dari kita mempunyai kemampuan untuk memiliki peranti telefon pintar yang berspesifikasi tinggi untuk membolehkan kita bermain permainan yang sedang 'trending'. Tapi anda ada laptop atau PC? Jika ada, kini masalah anda sudah hampir selesai. Untuk pengetahuan semua, hari ini anda tidak lagi perlu memiliki telefon pintar yang mahal kerana anda boleh bermain permainan tersebut di laptop atau PC anda dengan menggunakan aplikasi Bluestacks App Player. Melalui aplikasi ini anda juga akan dapat menjimatkan ruang simpanan bagi telefon anda

1.Muat turun pemasang aplikasi dan daftar masuk



Selepas selesai muat turun fail pemasang yang bersaiz lebih 300 MB, pasangkan aplikasi ini menggunakan cara yang sama seperti anda pasang kebanyakkan aplikasi lain. Selesai memasang aplikasi ini, anda akan diminta untuk mendaftar masuk menggunakan akaun Google anda. Ini bagi memudahkan maklumat dari peranti mudah alih anda disegerakkan dengan laptop/PC anda. Bluestacks akan memasang beberapa aplikasi yang diperlukan secara automatik ke dalam peranti anda.

2. Laraskan tetapan mengikut kesesuaian



Anda akan mendapati satu paparan yang menyerupai paparan skrin pada peranti Android keluar pada skrin anda selepas selesai mendaftar masuk. Di sebelah sudut atas kanan skrin, anda akan menjumpai ikon gegancu atau gear. Klik pada ikon tersebut bagi menetapkan tetapan mengikut kesesuaian anda. Selepas mengubah tetapan, aplikasi ini akan dimulakan semula bagi mengemaskini tetapan yang telah anda ubah.

3. Segerakkan data dari Android ke Windows, atau sebaliknya.

Perkara inilah yang menyebabkan anda perlu untuk mendaftar masuk ke aplikasi ini dengan menggunakan akaun Google yang sama anda gunakan untuk peranti mudah alih anda. Melalui aplikasi Bluestacks ini, anda akan dapat menyambung permainan yang anda telah mainkan di peranti mudah alih menggunakan laptop/PC anda, atau sebaliknya. Untuk menggunakan fungsi ini, anda hanya perlu klik ikon seperti di atas sahaja, dan anda boleh mula menyalin data anda.

4. Pasangkan fail APK bagi permainan yang tiada di Google Playstore

Aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk memasang fail APK dari Windows ke Android. Perkara ini sangat membantu sekiranya anda ingin bermain permainan yang tiada di Google Playstore. Terdapat banyak laman sesawang yang menyediakan fail-fail APK untuk dimuat turun oleh anda, maka dengan adanya aplikasi ini anda tidak lagi perlu memuat turun fail APK aplikasi berkenaan melalui peranti Android anda. Selain itu, anda juga boleh mengubahkan paparan permainan anda kepada paparan skrin penuh bagi mendapatkan paparan yang optimum.

Sumber