Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peranti Oppo Dengan Sokongan Cip Snapdragon 855 Tersenarai Di Laman Geekbench

Peranti Oppo Dengan Sokongan Cip Snapdragon 855 Tersenarai Di Laman Geekbench

Diterbitkan Januari 16, 2019 oleh Haikel Areff

Peminat dan pengikut industri telefon pintar dijangka akan dihidangkan dengan beberapa peranti Snapdragon 855 dalam dua atau tiga bulan mendatang.

Selepas Lenovo, Samsung dan Xiaomi, kini tiba giliran sebuah peranti Oppo pula untuk tersenarai di laman penanda aras Geekbench dengan sistem cip terkini dari Qualcomm tersebut.

Peranti Oppo Dengan Sokongan Cip Snapdragon 855 Tersenarai Di Laman Geekbench
Technobezz

Peranti yang menggunakan kod nama “Poseidon” itu telah menerima markah yang lebih tinggi berbanding Lenovo Z5 Pro GT(3284 markah) pada ujian teras tunggal namun jauh lebih rendah pada ujian teras pelbagai (Z5 Pro GT – 12801 markah).

Walaupun tiada maklumat mengenai nama sebenar peranti ini, ramai pemerhati berpendapat bahawa ia adalah kesinambungan kepada Oppo Find X memandangkan siri tersebut adalah satu-satunya siri Oppo yang menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8-series.

 

Sumber: Technobezz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY