Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S10 Bakal Diperkenalkan Sebelum Acara MWC 2019 Berlangsung

Samsung Galaxy S10 Bakal Diperkenalkan Sebelum Acara MWC 2019 Berlangsung

Diterbitkan Januari 11, 2019 oleh Haikel Areff

Jika sebelum ini Samsung mengambil peluang untuk memperkenalkan Samsung Galaxy S9 semasa acara MWC 2018, ia dijangka tidak akan berlaku pada Samsung Galaxy S10 kali ini.

Ia kerana peranti tersebut dikatakan akan diperkenalkan buat kali pertama lebih awal iaitu pada 20 Februari 2019, seminggu sebelum acara MWC 2019 diadakan di Barcelona.

Samsung Galaxy S10 Bakal Diperkenalkan Sebelum Acara MWC 2019 Berlangsung

Perkara itu disahkan sendiri oleh Samsung apabila mereka dilihat telah menghantar jemputan kepada media untuk acara Samsung Galaxy S10 “Unpacked”yang bakal dianjurkan di San Francisco pada tarikh berkenaan.

Dalam pada itu, Samsung juga telah mengesahkan bahawa peranti boleh lipat mereka akan mula dipasarkan di beberapa pasaran terpilih pada separuh pertama tahun ini.

Seperti biasa, kedua-dua peranti baharu Samsung ini diramal akan dilengkapi dengan fungsi dan teknologi menarik, sama seperti peranti kelas atasan Samsung sebelum ini.

 

Sumber: Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY