Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PewDiePie Muncul YouTuber Pertama Miliki Lebih 80 Juta Pengikut, Tewaskan T-Series

PewDiePie Muncul YouTuber Pertama Miliki Lebih 80 Juta Pengikut, Tewaskan T-Series

Diterbitkan Januari 8, 2019 oleh Haikel Areff

Felix “PewDiePie” Kjelberg atau PewDiePie adalah seorang bintang di YouTube. Buktinya, saluran beliau di platform perkongsian video itu baru-baru ini telah mencapai 80 juta pengikut.

Beliau juga telah berjaya muncul sebagai YouTuber pertama yang melepasi paras 80 juta pengikut, meninggalkan pesaing terdekatnya, T-Series yang sehingga artikel ini ditulis masih belum mencecah angka berkenaan.

Screenshot 2019-01-08 at 4.44.12 PM
Worldometers

Sekiranya semua pengikut PewDiePie dikumpulkan dan dibentuk sebuah negara baharu, negara tersebut akan menjadi negara ke-20 paling ramai penduduk di dunia. Ia juga adalah lebih dua kali ganda dari populasi Malaysia.

Bagaimanapun, dari segi pendapatan, PewDiePie hanya muncul sebagai YouTuber yang menerima pendapatan ke-9 tertinggi pada tahun 2018 dengan $15.5 juta(~RM63.84 juta).

Beliau jauh ketinggalan dengan YouTuber cilik, Ryan ToysReview yang berjaya memperolehi sekitar $22 juta(~RM90.62 juta) sepanjang tahun lepas.

Berikut adalah siaran secara langsung bagi jumlah pengikut untuk siaran PewDiePie dan T-Series ketika ini:

 

Sumber: Independent    Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY