"Starting in July, new photos and videos from Drive won’t automatically show in Photos."
Menurut kenyataan dari Google, bermula dari bulan Julai tahun ini, gambar dan video yang baru tidak akan disegerakan di antara penyimpanan di talian Google Drive dengan penyimpanan dalaman pada peranti anda melalui aplikasi Google Photos.
Google membuang fungsi ini kerana terdapat maklum balas dari pengguna mengatakan servis mereka mengelirukan pengguna kerana terdapat masalah pemadaman sesuatu media secara tidak sengaja melalui produk-produk syarikat teknologi itu.
Akibat dari perubahan berkenaan, Google menambah fungsi "Upload from Drive" di dalam aplikasi Google Photos dimana pengguna dapat memuat naik gambar dan video secara manual mengikut kesesuaian dan kehendak pengguna. Jika sesuatu media itu sudah dimuat naik, ia tidak lagi disambungkan pada kedua aplikasi tersebut.
Tambahan lagi, segala jenis media yang sudah sedia ada di dalam akaun Google Drive dan Google Photos anda tidak akan diganggu tetapi tidak akan disegerakan secara automatik pada kemasikini akan datang.
Bagi pengguna Windows atau Mac, fungsi sandaran (backup) dan penyegerakan ini masih berfungsi seperti biasa, cuma kini pengguna mempunyai pilihan untuk memuat naik pada kualiti tinggi atau pada kualiti asal.
Sumber: Google Blog, XDA
Berkaitan
- Google Photos Diberi Penambahan Berkongsi Gambar Dengan Sambungan 2G
- LG Umumkan Model Monitor Lengkung Terbesar Di Dunia Dengan Sistem Google Cast.
- Android Q Ada Ciri Kesan Kemalangan Kenderaan, Diuji Pada Google Pixel
- Lebih 200 Aplikasi Di Google Play Store Mengandungi "Adware"
- Google Bercadang Untuk Membawa Fungsi 'Tap-To-Pay' Untuk Jam Pintar Android Wear
- Kemaskini Terbaru Aplikasi Samsung Smart View Menjadikannya Seperti Google Chromecast
- Google Mahu Membawa Sambungan Wi-FI Percuma Ke Seluruh Dunia.
- Google Pixel 3 Lite XL Disenarai Dengan 6GB RAM, Snapdragon 710
- Google Akan Bayar Hampir RM 50 Bilion Untuk Terus Menjadi Enjin Carian Utama Peranti Apple
- Rakan Dagangan Google Mungkin Telah Dedahkan Nama Rasmi Android P Secara Tidak Sengaja