Dalam acara berkenaan, tiga model baru telah diperkenalkan iaitu Samsung Galaxy S10, S10+ dan S10e.
Galaxy S10 hadir dengan skrin Dynamic AMOLED bersaiz 6.1-inci, memori 8GB RAM, pilihan simpanan dalaman 128GB/512GB dan bateri berkapasiti 3,400mAh.
Dari segi kamera, ia dilengkapi sistem tri-kamera utama 16MP(ultra-lebar)+12MP(telefoto)+12MP(sudut lebar) serta kamera hadapan 10MP.
Galaxy S10+ pula didatangkan dengan skrin 6.4-inci Dynamic AMOLED, pilihan variasi 8GB RAM dengan storan 128GB/512GB atau 12GB RAM dengan 1TB storan.
Ia didatangkan dengan sistem kamera utama yang serupa dengan S10, namun hadir dengan tetapan dwi-kamera swafoto 10MP f/1.9 + 8MP f/2.2. Kapasiti baterinya pula ialah 4,100mAh.
Galaxy S10e pula muncul sebagai model paling asas bagi siri Galaxy S10 kali ini. Datang dengan skrin 5.8-inci Dynamic AMOLED, ia mempunyai pilihan variasi 6GB/8GB RAM bersama 128GB/512GB.
Bagi tetapan kamera pula, ia cuma hadir dengan kamera utama dwi-lensa 12MP + 16MP serta kamera swafoto lensa tunggal 10MP. Ia bakal dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3,100 mAh.
Kesemua model telefon ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 855/Exynos 9820 dan dijalankan dengan sistem One UI berlandaskan Android 9 Pie.
Ketiga-tiga model ini akan boleh mula dipra-tempah oleh peminat tempatan bermula esok, 22 Februari sehingga 28 Februari nanti.
Untuk melakukan pra-tempahan, anda boleh terus ke laman sesawang Samsung Malaysia dan berpeluang menerima beberapa hadiah menarik berharga sehingga lebih RM 1,000.
Sumber: SAMSUNG
Berkaitan
- TV QLED 98 Inci Dari Samsung, Miliki Panggung Wayang Di Rumah Sendiri
- Samsung S10 Dilapor Akan Dilengkapi Mod Tangkapan Malam "Bright Night"
- Samsung Memperkenalkan Modem LTE Baru Dengan Kelajuan Maksimum 1.2Gbps
- #MWC2019- Samsung Galaxy S10 5G, Kita Masih Belum Bersedia
- Samsung Buka Kilang Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Di Dunia
- Samsung Juga Bakal Hadir Dengan Aksesori Tambahan DeX Station Pada 29 March Ini
- Samsung Galaxy Watch Active2 - Ringan Dan Elegen
- Samsung Dilaporkan Masih Akan Menawarkan Bicu Audio Pada Galaxy S10
- Samsung Galaxy Note 9 Dilancarkan Pada 24 Ogos Ini
- Samsung Notebook Odyssey Z- Untuk Kepuasan Bermain Yang Maksima