Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Galaxy S27 Ultra Mungkin Tampil Dengan Rekaan Kamera Serba Baharu

Posted on Ogos 26, 2026

Samsung Galaxy S27 Ultra mungkin menerima perubahan reka bentuk terbesar dalam beberapa generasi, khususnya pada bahagian kamera belakang.

Berdasarkan imej penjanaan CAD yang diterbitkan Android Headlines, Galaxy S27 Ultra dipercayai akan meninggalkan susunan kamera individu yang digunakan Samsung sejak beberapa tahun lalu dan beralih kepada modul kamera besar berbentuk segi empat yang memanjang hampir sepanjang bahagian atas telefon.

Rekaan tersebut kelihatan jauh berbeza berbanding Galaxy S26 Ultra dan menjadi antara perubahan paling ketara pada identiti visual siri Ultra sejak Samsung mula menggunakan susunan kamera berasingan pada bahagian belakang.

‘

Imej yang diterbitkan turut menunjukkan telefon itu masih mengekalkan bentuk asas siri Ultra, termasuk rekaan badan dengan bucu melengkung serta kedudukan S Pen di bahagian bawah peranti.

Selain perubahan reka bentuk, imej janaan CAD berkenaan memperlihatkan bulatan pada bahagian belakang yang dipercayai menunjukkan Samsung mungkin menyertakan magnet Qi2 terbina di dalam.

Jika benar, ia membolehkan pengecas dan aksesori magnetik digunakan tanpa memerlukan casing khas seperti pada beberapa model Galaxy sebelum ini.

Perubahan lebih besar turut dikhabarkan berlaku pada sistem kamera.

Beberapa laporan sebelum ini mendakwa Samsung mungkin mengurangkan bilangan kamera belakang Galaxy S27 Ultra daripada empat kepada tiga dengan menggugurkan kamera telefoto 3x.

Telefon itu sebaliknya dijangka menggunakan kamera utama 200MP, ultra lebar 50MP dan telefoto 50MP dengan zum optikal 5x.

Terdapat juga dakwaan Samsung mungkin menawarkan Galaxy S27 Ultra dalam dua saiz.

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada kedua-duanya benar-benar merupakan model Ultra atau salah satu daripadanya akan diperkenalkan sebagai Galaxy S27 Pro.

Reka bentuk dan spesifikasi yang diperkatakan ketika ini masih dianggap sebagai maklumat awal dan berkemungkinan berubah sebelum produk akhir diperkenalkan.

https://x.com/UniverseIce/status/2092251616040853753?s=20

Namun perlu diketahui, OnLeaks x Android Headlines serta Ice Universe mempunyai rekod yang sangat baik dalam mendedahkan rekaan telefon baharu beberapa jenama. Jadi, tidak mustahil bahawa itu merupakan Galaxy S27 Ultra.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress