Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S25 Edge Sah Bakal Dilancar Minggu Depan

Samsung Galaxy S25 Edge Sah Bakal Dilancar Minggu Depan

Diterbitkan Mei 8, 2025 oleh Amalina Athman

Tanpa kehadiran Galaxy S25 Edge, barisan Galaxy S25 boleh dikatakan masih belum lengkap sepenuhnya. Namun, penantian itu nampaknya semakin hampir, apabila Samsung mengesahkan Galaxy S25 Edge akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Mei ini.

Telefon pintar nipis ini mula diperlihatkan pada Januari lalu, dan sejak itu, pelbagai persoalan timbul mengenainya.

Pengumuman ini bukan sahaja menjawab salah satu persoalan, malah menunjukkan Samsung tidak lagi berahsia mengenai produk yang bakal diumumkan – syarikat itu secara jelas menyebut nama Galaxy S25 Edge.

Menariknya, walaupun tampil dengan rekaan lebih nipis berbanding model lain dalam siri ini, Galaxy S25 Edge akan dilengkapi kamera utama 200MP – sama seperti Galaxy S25 Ultra.

Dari segi harga, peranti ini dijangka tidak semahal Galaxy S25 Ultra dan berkemungkinan mengisi kedudukan sebagai model pertengahan premium dalam siri Galaxy S25 – seumpama iPhone 17 ‘Air’ yang ‘diura-urakan’ bakal diperkenalkan oleh Apple tidak lama lagi.

Untuk lebih banyak maklumat rasmi, sama-sama kita nantikan pelancarannya minggu depan.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Samsung Buat Kejutan Dengan Mengacah Galaxy S25 Edge
  • Samsung Galaxy S25 Edge Mungkin Dilancar Mei Depan
  • Samsung Wallet Perkenal 'Tap to Transfer', Terima Wang Tanpa Sebarang Aplikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY