Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Hadir Dengan Permainan Fortnite Secara Eksklusif

Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Hadir Dengan Permainan Fortnite Secara Eksklusif

Diterbitkan Julai 27, 2018 oleh Haikel Areff

Permainan Fortnite sebelum ini telah disahkan akan hadir ke peranti setelah sekian lama dinikmati oleh pengguna peranti iOS. Perkara itu telah disahkan sendiri oleh wakil pembangunnya, Epic Games pada bulan Mei yang lalu.

Kini, selepas dua bulan kenyataan itu dibuat, pengguna Android masih lagi belum berpeluang untuk bermain permainan tersebut di peranti milik mereka. Namun, ia dijangka akan berubah tidak lama lagi.

Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Hadir Dengan Permainan Fortnite Secara Eksklusif

Ini kerana menurut laporan XDA Developers dan 9to5Google, permainan itu akan hadir ke peranti Android pada bulan hadapan. Bagaimanapun, ianya eksklusif untuk peranti Samsung Galaxy Note 9 sahaja.

Kepada pengguna peranti Android yang lain, anda tidak perlu merasa terlalu kecewa kerana Fortnite akan turut hadir ke peranti anda. Cuma, anda perlu menunggu sebulan lebih lama untuk menikmati permainan tersebut berbanding pemilik Galaxy Note 9.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ia merupakan satu tindakan yang bijak bagi Samsung kerana ia sekaligus dapat meningkatkan jualan peranti tersebut pada peringkat awal pelancaran. Tambahan pula, pemilik Note 9 akan yang membuat pra-tempahan akan menerima beberapa bonus lain seperti V-Bucks, player skinsĀ dan banyak lagi.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY